Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki Indonesia Lancar Skuter Hendal Bogel NEX Crossover (2020), Harga RM5.2k
Roda2

Suzuki Indonesia Lancar Skuter Hendal Bogel NEX Crossover (2020), Harga RM5.2k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/11/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PT SUZUKI Indomobil Sales (SIS) memperkenalkan Suzuki NEX Crossover (2020) yang menawarkan sensasi tunggangan sporty dengan gaya rekabentuk aktif dan lasak.

Model itu, yang kini sudah pun berada di pusat jualan Suzuki Indonesia, menawarkan rekabentuk kompak, enjin bertenaga dan redaman suspensi selesa serta beberapa sentuhan baharu berorientasi kepuasan dan keselesaan menunggang.

Perubahan baharu paling jelas ialah bar hendal bogel (naked) untuk menambah baik ergonomik dan keselesaan tunggangan selain menawarkan efek visual lebih maskulin. Ciri lain ialah kluster instrumen digital lebih moden dan informatif dengan paparan spidometer, odometer, baki minyak, bateri, jam, indikator sistem FI dan lampu.

Bahagian pelana didatangkan dalam kombinasi warna dwi-tona dengan dua pilihan warna badan Stronger Red-Titan Black (merah-hitam) dan Solid Black (hitam). Rekaan grafik badan baharu dan aksen merah pada kaliper brek dan monoshock menyerlahkan visual unik dan dinamik.

NEX Crossover (2020) masih lagi mempertaruhkan enjin 4-lejang 2-injap SEP (Suzuki Eco Performance) silinder tunggal 113cc SOHC penyejukan udara berkuasa 9.3hp dengan teknologi suntikan bahan api (FI) dan transmisi CVT. Kapasiti tangki ialah 3.6 liter dan skuter ini turut dilengkapi sistem penghidup elektronik Suzuki Easy Start, yang juga ada pada model Suzuki lain.

Sistem brek jenis cakera di depan dan dram di belakang. Tayar digunakan daripada jenis tiubles dwi-guna. Jarak kelegaan tanah dikatakan tertinggi dalam kelas skuter, iaitu 150mm, manakala ruang simpanan ada dua kompartmen depan, dan lantai kaki direka nluas untuk keselesaan penunggang.

NEX Crossover (2020) dijual pada harga Rp17.99 juta (RM5,220).

BACA >>> #RetroAuto: Wira Perkasa Suzuki GSX-R400 dengan Perisai Menentang Kejahatan
BACA >>> Kawasaki Motors Malaysia (KMM) Beri Bayangan Suzuki Akan Muncul Semula

roda2 Roda4 skuter Suzuki Suzuki Indomobil Sales (SIS) Suzuki Nex Crossover Suzuki NEX Crossover (2020)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    09/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.