Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Toyota Jadi Pengeluar Kereta Paling Banyak Daftar Paten 2022!
Auto Terkini

Toyota Jadi Pengeluar Kereta Paling Banyak Daftar Paten 2022!

Abang HirataBy Abang Hirata02/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PATEN ialah simbol kepada inovasi sesebuah organisasi dan juga negara. Bagi tahun kesembilan berturut-turut, Toyota dianugerahkan paten terbanyak pada 2022 dalam kalangan pengeluar kereta daripada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO).

Senarai tahunan itu dikeluarkan Persatuan Pemilik Harta Intelektual (IPO). Toyota juga naik ke tangga keempat bagi kategori paten keseluruhan yang dianugerahkan kepada sesebuah syarikat.

BACA >>> Paten Toyota Sienta (2022) Serba Baharu Tular di Indonesia
BACA >>> CFMoto Daftar Paten Superbike 1,000cc Guna Enjin Konfigurasi V4

Kedudukan itu paling tinggi pernah dicapai dalam tempoh 40 tahun senarai, sekali gus mengukuhkan kedudukan Toyota sebagai peneraju dalam teknologi dan inovasi membabitkan jenama terkemuka dunia.

Berikut fakta paten Toyota 2022:

  • Hampir separuh daripada 3,056 paten yang dianugerahkan adalah untuk mobiliti masa depan seperti bateri, bahan, automasi dan keselamatan.
  • Optimizing Energy Transfer During EV Charging – Sistem bagi mengoptimumkan jumlah tenaga yang dipindahkan kepada EV dari pelbagai sumber dan sepanjang laluan pemanduan dengan pengesanan melalui teknik blok rantai bagi menggunakan tenaga dengan cekap.

  • Vehicle Control Based on Driver Engagement – Sistem dan kaedah yang dibangunkan Pusat Penyelidikan Keselamatan Kolaboratif (CSRC) Toyota untuk pengendalian dan kawalan kenderaan yang selamat menggunakan pengesanan canggih bagi mengukur keupayaan manusia mengendalikan situasi luaran anomali dengan selamat.
  • Water System for a Fuel Cell Vehicle – Menggunakan air yang dijana dari kenderaan sel bahan api hidrogen sebagai hasil sampingan untuk memberi nilai tambah kepada pengguna kenderaan. Antaranya, meningkatkan keupayaan radiator berdasarkan permintaan melalui pengkabusan (misting) dan membekalkan air untuk sistem terbina dalam (on-board) lain.
  • Seat Massaging Technology – Aktuator memori bentuk A aloi untuk gerakan urut jenis baharu pada kerusi bagi pengguna merasai urutan shiatsu. (Ditawarkan secara perlesenan menerusi Toyota IP Solutions).
  • Vibration Isolation for Bicycles – Batang kerusi dengan pemisah getaran baharu bagi mengurangkan hentakan dari permukaan jalan yang dirasai pada tempat duduk. (Ditawarkan secara perlesenan menerusi Toyota IP Solutions).

Di peringkat global, Toyota membelanjakan lebih AS$1 juta (RM4.3 juta) setiap jam untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan pengeluar itu kekal sebagai peneraju mobiliti dan kenderaan selamat, berkualiti tinggi dan menarik kepada pelanggan.

BACA >>> Toyota Prius (2023) Serba Baharu Lancar di Jepun, Harga Mula RM92k
BACA >>> Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!

Auto Terkini Intellectual Property Owners Association (IPO) paten Toyota Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) Toyota United States Patent and Trademark Office
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.