• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Paten Toyota Sienta (2022) Serba Baharu Tular di Indonesia

Paten Toyota Sienta (2022) Serba Baharu Tular di Indonesia

November 7, 2022 By Azhan O Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA ialah raja kenderaan pelbagai guna (MPV) di Indonesia yang mencatatkan prestasi jualan memberangsangkan dalam banyak model jenama itu seperti Toyota Calya, Toyota Avanza, Toyota Innova, termasuk Toyota Alphard.

Namun, dalam aneka model ditawarkan, ada satu model kurang menonjol, iaitu Toyota Sienta dan terbaharu wakil pengeluar rasmi kenderaan Toyota di Indonesia, Toyota Astra Motor sudah mendaftarkan paten MPV itu sebagai model serba baharu.

BACA >>> Toyota Sienta (2023) Generasi Baharu Lancar di Jepun, Harga Mula RM64k!
BACA >>> Mampukah 7 Fakta Asas Toyota Sienta (2016) Ini Penuhi Selera Orang Malaysia?

Paten itu dilaporkan terdapat dalam dokumen Berita Rasmi Rekabentuk Industri yang didedahkan baru-baru ini. Toyota Sienta serba baharu sebenarnya sudah dilancarkan di Jepun pada Ogos tahun ini. Jadi, berita mengenai paten tersebut memberi bayangan model MPV mini dengan pintu geluncur itu berpeluang membuat kemunculan di Indonesia.

Berbanding model Toyota lain, prestasi jualan Toyota Sienta cuma terjual 71 unit saja, dengan varian paling laria ialang Welcab yang sebenarnay dibuat khas untuk pengguna kurang upaya (OKU).

Toyota Sienta 2022 - 7
Toyota Sienta 2022 - 8

Dokumen paten itu didapat diusulkan pada 13 Julai 2022, iaitu sebulan sebelum debut rasmi di Jepun. Jika diperhatikan, gaya badan Toyota Sienta serba bajaru itu ialah varian tertinggi, iaitu Z di pasaran Jepun. Mungkinkah khabar baharu itu menggembirakan peminat di Indonesia?

Berikut beberapa maklumat mengenai Toyota Sienta serba baharu:

  • Dibangunkan berasaskan platform baharu Toyota, TNGA-B yang turut digunakan model seperti Toyota Yaris dan Toyota Yaris Cross.
  • Ditawarkan dalam dua pilihan enjin, iaitu petrol 1.5L dengan transmisi automatik anjakan terus (direct shift) CVT, dan hibrid 1.5L e-Four Hybrid.
  • Model ini mensasarkan jualan 8,300 unit sebulan di Jepun.
  • Gaya badan baharu ini tidak lagi mirip model terdahulu dengan membawa konsep rekabentuk 'Shikakumaru' yang tampil dengan rekaan membulat, berkotak dan ringkas.

BACA >>> Toyota Sienna (2021) Kini Enjin Hibrid dengan Rekabentuk Ilham Kereta Api Shinkansen
BACA >>> Toyota Perkenal Sienta Versi Naik Taraf, dan 2 Varian Hilux L-Edition

SUMBER: Autonetmagz.com

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), MPV mini, Roda4, Toyota Indonesia, Toyota Sienta, Toyota Sienta (2022), Toyota Sienta (2022) Serba Baharu

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev