Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mampukah 7 Fakta Asas Toyota Sienta (2016) Ini Penuhi Selera Orang Malaysia?
Roda4

Mampukah 7 Fakta Asas Toyota Sienta (2016) Ini Penuhi Selera Orang Malaysia?

Abang GYLBy Abang GYL19/08/20162 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA sedang mencari model kenderaan pelbagai guna (MPV) menarik, selesa dan mampu milik? Jika ya, pastikan Toyota Sienta ada dalam senarai pilihan anda. Kenapa pilih Toyota Sienta? Apa kata baca dulu tujuh fakta asas tentang Toyota Sienta yang mungkin buatkan anda pilih MPV mini ini sebagai kereta pilihan:

1. DUA VARIAN, ENAM WARNA

Toyota Sienta ditawarkan dalam dua pilihan varian,  1.5G dan 1.5V. Kedua-dua varian didatangkan dengan enam pilihan warna menarik:

  • Oren – Orange Metallic
  • Putih – Super White II
  • Perak – Silver Metallic
  • Kelabu – Grey Metallic
  • Hitam – Attitude Black Mica
  • Coklat – Quartz Brown Metallic

2. HARGA (termasuk insurans dan GST)

  • Toyota Sienta 1.5G – RM92,900
  • Toyota Sienta 1.5V – RM99,900

3. ENJIN

Dikategorikan sebagai model MPV tujuh tempat duduk, Toyota Sienta menggunakan enjin 1.5L daripada siri NR dengan teknologi Dual VVT-i (DVVT-i), iaitu unit enjin sama yang menggerakkan Avanza. Kuasa dihasilkan 105hp pada 6,000rpm dan tork 140Nm (4,200rpm). Proses hantaran kuasa diserahkan kepada transmisi pembolehubah berterusan (CVT).

4. FITUR MENARIK

Varian Toyota Sienta 1.5G:

  • Lampu depan projektor halogen automatik
  • Lampu siang LED
  • Lampu belakang LED
  • Lampu kabus belakang
  • Rim 15-inci
  • Penyaman udara penumpang belakang
  • Kerusi kemasan fabrik dan sambungan USB, auksiliari (AUX) serta Bluetooth

Varian Toyota Sienta 1.5V:

  • Lampu depan projektor LED automatik
  • Pintu gelungsur elektrik untuk penumpang belakang (hanya sebelah kiri bagi Sienta 1.5G)
  • Rim 16-inci
  • Perakam video digital
  • Sistem infotainment dengan skrin sentuh 6.8 inci, sambungan AUX, USB dan Bluetooth
  • Stereng dengan butang kawalan audio
Toyota Sienta 1.5V
Toyota Sienta 1.5G

5. KABIN LUAS

Hasil usaha keras pereka kabin Toyota, MPV mini ini menawarkan tiga barisan kerusi yang mampu memuatkan tujuh penumpang, termasuk pemandu. Bagi mendapatkan keluasan maksimum, kerusi pada baris kedua dan ketiga boleh dilipat sepenuhnya.

6. KESELAMATAN TERKINI

Toyota Sienta menyediakan:

  • 2 beg udara depan
  • 1 beg udara lutut pemandu
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Kawalan Bantu Daki (HAC)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

7. LIMA TAHUN JAMINAN

Toyota Sienta hadir bersama jaminan lima tahun tanpa had perbatuan. Menarik bukan?


GALERI

Toyota Sienta 2016
Toyota Sienta 1.5G
Toyota Sienta 1.5V
Auto Terkini MPV Roda4 Sienta Toyota Sienta Toyota Sienta 1.5G Toyota Sienta 1.5V Toyota Sienta 2016 UMW Toyota Motor
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

PLUS Jangka Trafik Cecah 2.2 Juta Kenderaan Sempena Tahun Baharu Cina 2026

10/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

‘Gong Xi Eid Bersama EON’ Tawar Diskaun hingga RM58k, Tempahan Serendah RM88

09/02/2026
Shall Malaysia sambut ulang tahun ke-135
Auto Terkini

Shell Malaysia Sambut Ulang Tahun ke-135, Tawar Hadiah Bernilai RM1.35 Juta

09/02/2026

2 Comments

  1. Skywalker on 26/11/2019 20:25

    Excellent.sienta. all toyota lroducts excellent. Expensive a bit but very safe

    Reply
  2. Muhammad Arshad Bin Mustapaha on 11/09/2020 02:46

    This mpv have a very comfort cabin in terms of NVH. (Road noise are minimize to maximum compared to others brand in the price range). Suitable for stylish young family..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.