Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Tiada Unsur Sabotaj dalam Tragedi Pesawat Sabah Air Terhempas 1976
Auto Terkini

Tiada Unsur Sabotaj dalam Tragedi Pesawat Sabah Air Terhempas 1976

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize14/04/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIADA bukti mengenai unsur sabotaj, kebakaran atau letupan dalam tragedi pesawat Sabah Air terhempas yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens serta beberapa anggota Kabinet negeri itu pada 1976.

Laporan tragedi setebal 21 halaman itu sudah dinyah klasifikasi dan dikeluarkan hari ini yang merumuskan punca nahas adalah disebabkan posisi pusat graviti pesawat di luar had buritan pesawat yang menyebabkan kolum kawalan tidak lagi boleh digerakkan ke depan, manakala muncung pesawat terangkat ke atas apabila sayap melepasi 25º ketika hampir mendarat.

Menurut laporan, tiada bukti wujud kerosakan pesawat atau sistem sebelum nahas kerana sudah diselenggara mengikut jadual ditetapkan dan tiada bukti juga keadaan cuaca menyumbang kepada berlaku tragedi berkenaan.

Pemuatan bagi penerbangan itu didapati tidak dilakukan dengan betul hingga menyebabkan kedudukan graviti pesawat di luar had buritan sebagaimana ditetapkan.

“Pergerakan kolum kawalan ke depan adalah bagi menurunkan muncung pesawat atau menghalang daripada terangkat ke atas. Jika hentian depan dicapai ketika muncung pesawat terangkat ke atas, maka sudah pasti berlaku hilang kawalan akibat ketiadaan kelajuan dan kestabilan di udara.”

Dalam tragedi itu, juga dikenali sebagai ‘Double Six’, sebuah pesawat ringan buatan Australia jenis Nomad 9M-ATZ kendalian Sabah Air yang membawa sekumpulan kenamaan dari Labuan terhempas di daerah Sembulan ketika menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah pada 6 Jun 1976.

Laporan itu juga menyebut prosedur operasi dilakukan juruterbang syarikat terbabit adalah agak santai dan tidak mematuhi piawaian profesional.

Ada beberapa syarat ditetapkan, iaitu borang muatan perlu disediakan sebelum setiap penerbangan dan satu salinan ditinggalkan. Ini tidak dilakukan bagi penerbangan itu dan sememangnya tidak jelas mana-mana juruterbang syarikat ini pernah berbuat demikian,” kata laporan itu.

Pasukan penyiasat diketuai ketua pemeriksa Jabatan Penerbangan Awam, Omar Saman turut mendapati tiada pelan penerbangan IFR (Instrument Flight Rules) dikemuka seperti ditetapkan Manual Operasi bagi penerbangan VVIP.

Adalah jelas banyak prosedur disenaraikan dalam Manual Operasi dilakukan juruterbang terbabit. Selain itu, entri Log Teknikal juga amat teruk hingga menjadikan dokumen itu tidak bermakna,” katanya.

Menyentuh perihal juruterbang, laporan mendapati lelaki berusia 42 tahun berkenaan memiliki lesen bagi menerbangkan pesawat tersebut dan tiada bukti menunjukkan dia berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah, kecuali mengambil ubat antimalaria dikenali sebagai klorokuin.

Pada 5 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan mendedahkan laporan akhir tragedi ‘Double Six’ itu dibuat selepas mengambil kira tuntutan keluarga waris selain pandangan rakyat Sabah yang mahukan maklumat terperinci mengenai kejadian itu tersebut.

Pada 8 Mac lalu, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Sabah memerintahkan Putrajaya mengambil langkah perlu untuk menyah klasifikasi laporan berhubung insiden itu.

Seramai 11 nyawa terkorban dalam tragedi itu termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah, iaitu Fuad, Datuk Peter Joinod Mojuntin (Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah), Datuk Chong Thien Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah dan Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Sabah).

Turut terkorban ialah Datuk Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah), Datuk Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah), Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah) dan Ishak Atan (Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia).

Tragedi itu turut meragut nyawa Koperal Said Mohammad (Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah), Johari Fuad Stephens (anak kepada Ketua Menteri Sabah) dan Gandhi J Nathan (juruterbang pesawat 9M-FTZ).

BACA >>> Penonton Maut Nahas Litar Dato Sagor, Kerajaan Negeri Teliti Laporan Penganjur
BACA >>> Seorang Maut, Rakan Parah Pesawat Ringan Terhempas Tepi Rumah

SUMBER: Bernama

1976 Nahas Pesawat Nomad 9M-ATZ Pesawat Terhempas Sabah Air Sabah Air Terhempas 1976 sabotaj
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.