• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penonton Maut Nahas Litar Dato' Sagor, Kerajaan Negeri Teliti Laporan Penganjur

Penonton Maut Nahas Litar Dato' Sagor, Kerajaan Negeri Teliti Laporan Penganjur

January 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KERAJAAN Perak akan meneliti laporan mengenai nahas yang meragut nyawa seorang penonton Pertandingan 'CCT Battle of Champion' di Litar Dato’ Sagor, Kampung Gajah di Perak baru-baru ini.

Laporan itu akan disediakan pihak penganjur pertandingan tersebut.

BACA >>> Bergelimpangan Atas Jalan! Dua Maut, Lima Parah Lumba Haram di PLUS Sungai Petani

Kemalangan pada 31 Disember 2022 itu menyebabkan seorang penonton yang juga mekanik, dirempuh kereta lumba yang terbabas.

Mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di kepala dan pendarahan paru-paru. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Khairudin Abu Hanipah berkata;

Saya mewakili Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga penonton yang maut dan peristiwa semalam (31 Disember 2022) sudah pasti sesuatu yang kita kesalkan.

"Saya akan umumkan apa tindakan selanjutnya selepas menerima dan meneliti semua laporan penuh termasuk daripada pihak berkuasa dari aspek teknikal, keselamatan penonton, pelumba, pegawai bertugas dan sebagainya.”

Khairudin menyatakan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap pengabaian ciri keselamatan pada setiap acara sukan bermotor, apatah lagi membabitkan kehilangan nyawa.

BACA >>> Ikon Rali Ken Block Maut Kemalangan Kereta Salji
BACA >>> Quartararo Kemalangan Motocross, Retak Tulang Tangan Kiri
BACA >>> MAM Tidak Pernah Beri Kelulusan Acara Drag Litar Gong Badak
BACA >>> #Bajet2023: Peruntukan RM20j Untuk Bina Litar Drag

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

31
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: CCT Battle of Champion, Hospital Changkat Melintang, kemalangan, Khairudin Abu Hanipah, Litar Dato’ Sagor, nahas litar lumba

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
    Harley-Davidson Strap Tank (1908): Motosikal Paling Mahal Dunia, Harga Cecah RM3.98j!
  • Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
    Review: Kelebihan vs Kekurangan Memiliki Perodua Ativa Hybrid
  • #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
    #SembangDeras: Kerajaan Hapus Pelekat Cukai Jalan Tak Lama Lagi?
  • Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP
    Kei-Car Elektrik Terbaik Jepun, Mitsubishi eK X EV Raih Rating 5 Bintang JNCAP

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my