Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu
Roda4

#TahukahAnda: 9 Ciri Menarik Honda e yang Anda Perlu Tahu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/07/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KERETA kompak Honda e sebenarnya salah satu model kenderaan elektrik (EV) futuristik yang dibentuk dengan desain retro dan mengambil inspirasi daripada generasi pertama Civic.

Ada dua varian elektrik penuh pertama Honda dihasilkan iaitu standard dan Advance menerusi kilang di Jepun sejak tahun 2000 dan sudah ditawarkan di pasaran Eropah dan Jepun. Ini ialah sembilan ciri menarik tentang Honda e.

BACA >>> Honda e Prototype – Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?

1. KUASA

Model kompak Honda e dijana menggunakan motor elektrik dengan output kuasa 136hp untuk model asas (standard) dan 154hp menerusi model Advance. Tork kedua-dua model 315Nm. Kereta elektrik itu menggunakan pek bateri litium ion 35.5 kWh dan Honda mendakwa jarak pemanduan kira-kira 220km setiap kali cas penuh.

Honda menolak khabar angin mengenai pembangunan varian prestasi tinggi, tetapi data kuasa semasa yang dihasilkan sebenarnya sudah cukup baik bagi model kereta kecil asas.

2. PRESTASI

Honda e dicipta berasaskan falsafah pemasangan dinamik automotif yang membantu menawarkan pengalaman pemanduan luar biasa. Pendekatan dinamik itu ditambah baik dengan pilihan mod Sport untuk meningkatkan respons pecutan EV.

Honda e juga ada sistem suspensi belakang berasingan untuk menambah baik pengendalian sport. Honda e mampu memecut 0-100kmj sepantas 8.3 saat. Boleh tahan.

3. PENGENDALIAN DAN KESTABILAN

Sebagai kereta urban, Honda memberi menumpukan pemanduan dinamik  untuk membolehkan pemandu menikmati pemanduan menyeronokkan. Faktor binaan anjung luar (overhang) pendek membantu aspek kestabilan dan pengendalian.

Pek bateri dengan sistem penyejukan ditempatkan antara jarak roda, sekali gus membantu merendahkan titik graviti dan nisbah agihan berat 50:50 untuk meningkatkan pengendalian dan kestabilan.

4. HONDA SENSING

Sama seperti model trenkuasa pembakaran dalaman (ICE), teknologi bantuan pemandu turut diberi pada model EV. Honda e dipasang pakej komprehensif ciri keselamatan dan teknologi bantuan pemandu dipanggil Honda Sensing.

Ini termasuk Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Maklumat Titik Buta (BSI) dengan amaran audio serta visual semasa menukar lorong, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan Susur Halaju Rendah (LSF) untuk memastikan jarak selamat dengan kenderaan depan.

5. MASA MENGECAS BATERI

Honda melengkapkan model e dengan teknologi pengecasan moden dengan opsyen pengecas pantas untuk membolehkan kuasa bateri paras rendah mencapai kadar 80 peratus dalam masa 31 minit menerusi pengecas 50kW. Honda menempatkan port pengecas pada di tengah bonet supaya lebih mudah dicapai dari kedua-dua arah sisi.

6. KABIN SELESA

Kereta kecil itu ada ruang kabin selesa hasil pendekatan minimalis diambil Honda semasa pembangunan model tersebut. Ia boleh membawa empat individu dewasa dengan ruang kelegaan kaki mencukupi dan barisan kerusi belakang boleh direbahkan untuk meningkatkan kapasiti ruang kargo.

7. PAPAN MUKA DIGITAL 

Papn pemuka dipasangkan unit infotainemnt dwi-skrin digital untuk paparan maklumat dan pemilik boleh membuat sambungan peranti pintar menerusi pelbagai aplikasi dan servis.

8. WARNA CERIA 

Warna juga mempengaruhi jumlah jualan sesebuah model kereta dan Honda sedar mengenai situasi itu lalu menawarkan lima pilihan warna badan menarik iaitu Crystal Black Pearl (hitam), Modern Steel Metallic (kelabu), Charge Yellow (kuning), Crystal Blue Metallic (biru) dan Platinum White Pearl (putih).

9. REKABENTUK FUTURISTIK

Honda e menterjemah semula rekabentuk badan gaya retro untuk disatukan dengan ciri teknologi tinggi. Antaranya hendal pintu tersembunyi dan sistem kamera sisi serta bumbung panoramik.

BACA >>> Honda e Kini dengan Kit Aksesori Honda Access untuk Gaya Retro Moden
BACA >>> Honda e Akan Gantikan Cermin Sisi Konvensional dengan Teknologi Kamera Sisi
BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?
BACA >>> Perbandingan: Kereta Apa Lagi Boleh Beli dengan Harga Perodua Ativa AV, RM72k?
BACA >>> Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik

SUMBER: HotCar

autotainment Ciri menarik Honda e EV Honda E Honda EV retro Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Roda4 tahukah anda
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.