Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Honda e Kini dengan Kit Aksesori Honda Access untuk Gaya Retro Moden
Aksesori

Honda e Kini dengan Kit Aksesori Honda Access untuk Gaya Retro Moden

Abang HirataBy Abang Hirata02/09/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA e yang dipasarkan di Eropah kini turut ditawarkan di negara asalnya, Jepun. Ini perkembangan menarik kerana model itu ialah kereta elektrik pertama Honda yang akan bersaing dengan Nissan LEAF.

Pengenalan Honda e di Jepun membolehkan kita menilai penerimaan penduduk Negara Matahari Terbit itu terhadap EV pertama Honda dan lanskap segmen elektrifikasi di sana.

Adakah Honda e bakal mencetus fenomena baharu di Jepun?

BACA >>> UK Buka Tempahan Honda e, Harga Bermula £26k (RM135k)

HONDA ACCESS – KIT AKSESORI UNTUK HONDA E

Honda turut menawarkan kit aksesori Honda Access yang bakal di pasaran pada tarikh jualan Honda e, 30 Oktober nanti, terdiri daripada aksesori luaran dan dalaman.

Luaran menampilkan rekabentuk retro Honda e dalam tema dua warna yang diserikan rim aluminium MS-044 17 inci dan skirt bampar depan. Apabila mengecas, ada penutup slot ditawarkan yang berfungsi untuk menghalang pencemaran kotoran masuk.

Kit Honda Access juga tidak berlebihan , tetapi masih boleh diserlahkan lagi atau dibikin lebih agresif menerusi sentuhan divisyen permotoran Honda, Mugen. Bahagian dalaman juga tidak berlebihan menerusi aksesori seperti panel warna tembaga gelap pada papan pemuka dan konsol tengah, sil pintu LED biru, karpet lantai dan pelapik but.

BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC Asah Trek Eropah, 0-100kmj Sepantas 3.4 saat!

Turut ditawarkan perakam pemanduan DRH-204WD yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar. Peranti itu boleh merakam bahagian depan dan belakang serentak dengan menambah satu lagi kamera.

Satu lagi teknologi menarik ialah Optical Beacon dengan Sistem Komunikasi dan Maklumat Kenderaan (Vehicle Information & Communication System, VICS) yang boleh mendapatkan isyarat kesesakan trafik dan maklumat lain bagi membantu merancang pemanduan.

Selepas Eropah dan terkini di Jepun, adakah Honda e akan menjengah pasaran lain seperti Malaysia? Jika diikutkan trend, Honda memang berani memasarkan model yang tiada di pasaran lain seperti Civic Type R (FD), Jazz Hybrid, City Hybrid, HR-V Hybrid dan terbaru City RS i-MMD.

Jadi bagaimana? Tambahan pula Nissan LEAF tiada pesaing di pasaran. Apa yang pasti, kereta elektrik masih berharga tinggi dan Honda e boleh dipasarkan sebagai gerbang kepada dunia elektrifikasi di Malaysia.

BACA >>> Honda City RS Ada Honda Sensing? Apa Anda Perlu Tahu Tentang Teknologi ini?

GALERI
Hatchback Elektrik Honda Honda Access Honda E Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Kit Honda Access Kompak Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    28/06/2026
    Aksesori

    Kereta LEGO Technic 1:1 Koenigsegg Sadair’s Spear Pecah Rekod Di Goodwood

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.