Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Nissan Leaf NISMO RC Asah Trek Eropah, 0-100kmj Sepantas 3.4 saat!
Roda4

Nissan Leaf NISMO RC Asah Trek Eropah, 0-100kmj Sepantas 3.4 saat!

Abang HirataBy Abang Hirata22/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH satu perbezaan ketara antara kereta lumba konvensional dan kereta lumba elektrik ialah deruman enjin dan letupan ekzos bingit. Apakah akan berlaku jika peminat tidak lagi kisahkan bunyi-bunyian tersebut?

Nissan Leaf NISMO RC mampu melakukannya dengan hamburan kuasa sekuat 322hp dan tork serta-merta setinggi 640Nm. Bukan saja berkuasa tinggi, tetapi juga mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.4 saat sahaja. Model tersebut ialah platform ujian untuk evolusi teknologi masa depan selain bertujuan mendedahkan potensi tanpa had kenderaan elektrik (EV) buatan Nissan.

BACA >>> Nissan LEAF Catat Rekod EV Pertama Dunia Lepasi Angka Jualan 400,000 Unit!

Leaf NISMO RC berkongsi teknologi canggih dengan model jalanan Leaf, iaitu model EV paling popular dunia yang mencatat jualan 450,000 unit sejak 2010. Model versi trek itu diterbangkan ke Eropah buat kali pertama di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol. Tiada maklumat terperinci didedahkan sama ada sekadar pameran atau menjalani pandu uji khas.

Mengimbas semula artikel sebelum ini, Nissan memang ada merancang membina enam unit Leaf NISMO RC sebagai model demonstrasi serata dunia supaya peminat dapat merasai sendiri pengalaman memandu kereta lumba masa depan.

BACA >>> Nissan Leaf NISMO RC – EV Versi Lumba dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 3.4 Saat!

Kemungkinan juga sesi pemanduan di Valencia itu dalam perancangan. Apatah lagi kejuaraan Perlumbaan Kereta Touring Elektrik (ETCR) pertama akan dianjurkan tahun ini, dan antara pengeluar terawal menyahut cabaran trek itu dengan menyiapkan jentera lumba sendiri ialah Cupra menerusi e-Racer dan Hyundai (Veloster N ETCR).

Terbaharu pada Disember tahun lalu, Romeo Ferrari pula melancarkan projek Alfa Romeo Giulia ETCR.

TENTANG NISSAN LEAF NISMO RC

  • Digerakkan dua motor elektrik, diletakkan bertentangan di hujung casis.
  • Motor mempunyai output kuasa 240kW (322hp) atau 120kW (160hp) setiap satu dengan tork segera 640Nm.
  • Angka itu lebih dua kali ganda berbanding kuasa dan tork Leaf NISMO RC generasi pertama yang diperkenalkan pada 2011.
  • Komponen yang diambil daripada Leaf standard ialah bateri litium-ion kapasiti tinggi dan inverter.
  • Sistem pacuan semua roda (AWD) baharu memberikan hantaran kuasa ke setiap gandar dan juga pantas menjana kuasa roda untuk pecutan atas trek.
  • Sama seperti model terdahulu, keseimbangan berat casis dioptimumkan melalui lokasi pek bateri di tengah.
  • Motor elektrik dan inverter pula diletakkan di tayar depan dan belakang.
  • Struktur badan monokok dibuat daripada gentian karbon dengan berat keseluruhan 1,220kg.
  • Nisbah kuasa kepada berat membolehkan Leaf memecut 0-100kmj sepantas 3.4 saat, iaitu 50 peratus lebih pantas berbanding model lama.

Nissan Leaf ‘jalanan’ sudah mula dijual di pasaran Malaysia sejak Julai tahun lalu yang boleh dimiliki pada harga RM188,888, dipakejkan bersama pengecas kotak dinding 6.6kW untuk kediaman atau kawasan parkir mengikut opsyen pembeli.

BACA >>> Nissan Leaf (2019) Kini di Malaysia, Harga RM189k dengan Ansuran Bulanan RM3.2k Sahaja

GALERI
Alfa Romeo Giulia ETCR Auto Terkini CUPRA e-Racer EV Hyundai Veloster N ETCR Kenderaan Elektrik (EV) kereta elektrik Nissan Nissan LEAF Nissan LEAF NISMO RC Perlumbaan Kereta Touring Elektrik (ETCR) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    22/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.