
MAZDA memperkenalkan kemas kini 2026/2027 untuk model sports dua tempat duduk ikonik, Mazda Roadster (soft top) dan Mazda Roadster RF (retractable fastback), dengan tempahan di Jepun dibuka bermula 26 Jun sebelum penghantaran bermula sekitar awal September depan.
Antara pembaharuan menarik ialah pengenalan varian edisi khas Mazda Roadster PS, selain penambahbaikan talaan casis, sistem kawalan enjin, pematuhan peraturan bunyi luaran yang lebih ketat serta warna badan baharu Zinc Green Metallic.
Sejak diperkenalkan pada 1989, Mazda Roadster telah melalui empat generasi dan mencatat jualan melebihi 1.26 juta unit di seluruh dunia, menjadikannya antara kereta sports roadster dua tempat duduk paling berjaya dalam sejarah.
Mazda Roadster PS – Tumpuan Pada Pengalaman Pemanduan

Varian baharu PS dibangunkan menggunakan teknologi dan pengalaman yang diperoleh daripada pembangunan Mazda Spirit Racing Roadster, dengan matlamat menawarkan pengalaman pemanduan lebih sejati sama ada di jalan bandar mahupun laluan berselekoh.
Antara kelengkapan eksklusif model ini ialah:
- Bumbung lembut (soft top) fabrik kelabu dengan cermin belakang kaca
- Rim aloi RAYS 16 inci kemasan hitam
- Brek Brembo dengan cakera ventilasi dan kaliper empat piston
- Penyerap hentak Bilstein
- Kemasan corong pendingin hawa hitam/perak
- Tombol penghawa dingin serta lingkaran butang penghidup enjin berwarna hitam
Prestasi Dipertingkat Hasil Pengalaman Mazda Spirit Racing
Mazda turut menambah baik karakter pemanduan Roadster menerusi beberapa penambahbaikan mekanikal dan elektronik.
Antaranya ialah talaan baharu suspensi bersama penyerap hentak Bilstein (untuk varian PS dan RS), kawalan respons pecutan yang dipertingkat untuk model transmisi manual serta fungsi heel-and-toe assist bagi memudahkan padanan rev ketika menurunkan gear.
Selain itu, sistem kawalan enjin kini membolehkan enjin terus menghasilkan kuasa maksimum sehingga hampir mencapai had putaran (rev limiter), sekali gus memberikan karakter pecutan yang lebih konsisten.
Patuh Peraturan Bunyi Baharu Tanpa Menjejaskan Keseronokan

Bagi memastikan Roadster kekal relevan, Mazda turut mengemaskini model ini supaya mematuhi peraturan bunyi luaran terkini.
Antara perubahan yang dilakukan termasuk:
- Penggunaan tayar lebih senyap
- Talaan semula stereng mengikut karakter tayar baharu
- Peredam ekzos (silencer) lebih besar
- Talaan bunyi sistem pengambilan udara dan ekzos menggunakan resonator serta rib baharu
- Sistem Induction Sound Enhancer kini menjadi kelengkapan standard untuk Roadster bumbung lembut
Bagi Roadster RF, penggunaan peredam ekzos baharu turut menyebabkan kedalaman ruang but dikurangkan sedikit.
Warna Zinc Green Metallic dan Penambahbaikan Lain
Mazda turut memperkenalkan warna badan baharu Zinc Green Metallic yang menampilkan gabungan imej lasak dan sofistikated.
Selain itu, beberapa perubahan lain turut dilakukan termasuk:
- Rekaan serta ketinggian perehat kepala baharu bagi memenuhi piawaian keselamatan terkini
- Operasi sentuhan (touch panel) untuk Apple CarPlay dan Android Auto
Enjin SKYACTIV Pacuan Roda Belakang

Enjin:
- Roadster (Soft Top 1.5L): SKYACTIV-G 1.5 (P5-VP/P5-VPR), 4-silinder sebaris DOHC 16-injap dengan suntikan terus (DI).
- Roadster RF (Hard Top 2.0L): SKYACTIV-G 2.0 (PE-VPR), 4-silinder sebaris DOHC 16-injap dengan suntikan terus (DI).
Kuasa Maksimum:
- Roadster 1.5L: 136PS @ 7,000rpm
- Roadster RF 2.0L: 182PS @ 7,000rpm
Tork Maksimum:
- Roadster 1.5L: 152Nm @ 4,500rpm
- Roadster RF 2.0L: 206Nm @ 4,700rpm
Transmisi & Padanan Varian:
- Manual 6-kelajuan (6MT) sahaja: Varian S, PS (Model Khas), RS dan NR-A (Roadster 1.5L), serta RS (Roadster RF 2.0L).
- Pilihan 6MT atau automatik 6-kelajuan (6EC-AT): Varian S Special Package, S Leather Package dan S Leather Package V Selection (Roadster 1.5L), serta S dan VS (Roadster RF 2.0L).
Sistem Pacuan: 2WD (Pacuan Roda Belakang/FR).
Penggunaan Bahan Api (WLTC)
Roadster (Soft Top 1.5L) – 6MT
- Purata: 16.9km/L
- Bandar / Pinggir bandar / Lebuhraya: 12.3 / 17.4 / 19.7km/L
Roadster (Soft Top 1.5L) – 6EC-AT
- Purata: 17.3km/L
- Bandar / Pinggir bandar / Lebuhraya: 12.9 / 18.0 / 19.7km/L
Roadster RF (Hard Top 2.0L) – 6MT (S/VS/RS)
- Purata: 15.9km/L
- Bandar / Pinggir bandar / Lebuhraya: 12.0 / 16.4 / 18.1km/L
Roadster RF (Hard Top 2.0L) – 6EC-AT (S/VS)
- Purata: 15.3km/L
- Bandar / Pinggir bandar / Lebuhraya: 11.0 / 15.5 / 18.1km/L
Dimensi & Berat
Dimensi (P × L × T):
- Roadster (Soft Top): 3,915 × 1,735 × 1,235mm
- Roadster RF (Hard Top): 3,915 × 1,735 × 1,245mm
Dimensi Dalaman (P × L × T):
- Roadster (Soft Top): 940 × 1,425 × 1,055mm
- Roadster RF (Hard Top): 940 × 1,425 × 1,040mm
Jarak Roda: 2,310mm
Kelegaan Tanah:
- Roadster (Soft Top): 140mm
- Roadster RF (Hard Top): 145mm
Berat:
- Roadster 1.5L: 1,010-1,080kg
- Roadster RF 2.0L: 1,110-1,150kg
Harga di Jepun
Mazda Roadster
- ¥2,959,000 (RM74,800) – ¥4,070,000 (RM102,900)
Mazda Roadster RF
- ¥3,850,000 (sekitar RM97,300) – ¥4,697,000 (sekitar RM118,700)














