• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik

Pencuri UK Sasar Tembaga dalam Kabel Pengecas Kereta Elektrik

June 14, 2021 By Shawkath Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMILIK kenderaan elektrik (EV) di Britain mula bimbang berikutan peningkatan kes kecurian alat pengecas bateri, khususnya kabel yang mengandungi material jenis tembaga.

Ada kes dilaporkan membabitkan cubaan mengumpil alat pengecas yang sudah disambung pada kenderaan milik persendirian, stesen pengecas awam atau port pada badan kereta EV.

Kecurian mudah berlaku kerana ramai pemilik kenderaan membiarkan kenderaan tanpa diawasi ketika mengecas semula bateri. Penjenayah pula melihat itu sebagai peluang meraih hasil kerana setiap kabel mengandungi logam tembaga yang dianggarkan bernilai kira-kira £200 (RM1,160).

Trend baharu kecurian di Britain itu dipercayai peralihan modus operasi daripada kegiatan lama, iaitu mencuri penukar bermangkin (catalytic converter) sejak beberapa tahun lalu.

Ini selari perubahan industri automotif Britain yang mahu beralih kepada kenderaan elektrik atau hibrid plug-in (PHEV), dan mengharamkan enjin diesel dan petrol menjelang 2030.

Syarikat perkhidmatan pelupusan sampah, Divert mengingatkan pemilik EV supaya tidak meninggalkan kabel alat pengecas elektrik di luar rumah kerana boleh menjadi sasaran pengutip besi yang mencari tembaga.

Jurucakap Divert, Mark Hall berkata;

Pengecas kereta memang menarik perhatian pencuri kerana boleh dijual hingga £200 (RM1,160), dan mereka sedang menjualnya di merata-rata tempat seperti eBay, Facebook dan kepada syarikat kitar semula tidak bertanggungjawab.

“Ini memberikan beban kos dan masalah kepada anda kerana perlu menggantikan kabel yang sudah dicuri. Lebih baik, simpan kabel kamu dengan lebih berhati-hati."

SUMBER: Divert

Artikel Berkaitan

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, berita global, Curi kabel EV, Curi Pengecas EV, EV, Kenderaan Elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
    Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
  • JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
    JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
  • Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
    Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
  • 8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas
    8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my