• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

Honda e Prototype - Kompak EV yang Comel dengan Gaya Retro di Pasaran Tahun Ini?

February 28, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment


PADA 2017, Honda mengejutkan pemerhati automotif apabila memperkenalkan Urban EV Concept yang penting dalam strategi 'Electric Vision' untuk pasaran Eropah. Demi membuktikan kesungguhan dalam misi tersebut, Honda sekali lagi tampil dengan lanjutan Urban EV Concept, dikenali sebagai e Prototype.

Model kenderaan elektrik (EV) itu bakal ditayangkan kepada umum sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2019, Mac depan.

BACA >>> Honda Urban EV - Kompak Elektrik Versi Pengeluaran Bakal Tayang di Geneva, Mac Ini

GABUNGAN REKABENTUK UNIK, CIRI CANGGIH


Direka untuk memenuhi gaya hidup moden, Honda e Prototype menggabungkan rekabentuk unik, dengan ciri canggih dan seronok dipandu. Jika Urban EV Concept jelas mengambil rekaan Civic retro, e Prototype ini pula memperhalusi tema tersebut dan tampil comel dengan lampu bulat depan dan belakang selain garis badan ringkas.

e Prototype nyata berbeza berbanding gaya ekspresif dibawakan Civic, HR-V dan CR-V. Walaupun luaran tampak konservatif, rupa dalaman berubah 180º. Jika anda rasa panel skrin model Mercedes-Benz baharu sudah cukup besar, lihatlah apa ditawarkan Honda pada model elektrik ini.

Skrin digital memenuhi papan pemuka. Menariknya, ia nampak cantik dan klasik apabila Honda cuba menggabungkan elemen kayu. Honda menggunakan tema tersebut bagi memberikan pengalaman seperti duduk di ruang tamu yang selesa dengan sofa dan elemen rumah kontemporari.

BACA >>> Kereta Elektrik Lebih Murah daripada Petrol Menjelang 2025?

Memandangkan e Prototype dijana kuasa elektrik, lantai depan dan belakang boleh dibuat rata yang menambahkan lagi luas kereta ini. Lagi, Honda memang pandai dalam mempakejkan kereta kecil supaya nampak dan terasa besar.

DIPANDU LEBIH 200KM, CAS SEPANTAS 30 MINIT

Mengenai trenkuasa, e Prototype boleh dipandu lebih 200km untuk sekali cas penuh. Jarak tersebut rendah jika dibandingkan model lain seperti Nissan LEAF atau model EV lain buatan China. Bagaimanapun, kelemahan itu ditebus dengan keupayaan mengecas hingga 80 peratus kapasiti bateri sepantas 30 minit sahaja.

Seperkara menarik, EV ini sebenarnya menggunakan sistem pacuan roda belakang (RWD)! Konfigurasi tersebut berbeza dengan pengeluar lain yang menggunakan pacuan roda depan (FWD) atau semua roda (AWD). Ya, Honda sekali lagi membuktikan kesungguhan apabila e Prototype bakal dikeluarkan tahun ini juga!

BACA >>> #BikinMotor: Honda Astrea 800 Jadi Super Cub Jepun, Kenapa Perlu Bayar Lebih?

Filed Under: Honda, Jenama, Roda4 Tagged With: EV, Geneva, GIMS 2019, Honda, Honda e Prototype, Kenderaan Elektrik (EV), Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • SOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan PerbandinganSOHC atau DOHC? Enjin Mana Satu Lebih Bagus? Kenali Istilah, Fungsi dan Perbandingan
  • Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)Perbandingan Awal: Kawasaki Ninja ZX-25R (Baru) vs ZX-2R (Lama)
  • #TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?#TahukahAnda: Apakah Risiko Jika Sengaja Lambatkan Tukar Minyak Enjin Motor?
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my