Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#SMS2019: Subaru Forester e-Boxer di Singapura, Malaysia Terima Versi Konvensional Dahulu
Roda4

#SMS2019: Subaru Forester e-Boxer di Singapura, Malaysia Terima Versi Konvensional Dahulu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERTENGAHAN tahun lalu, kami di Taiwan untuk menghadiri pelancaran model Subaru Forester (2019) peringkat Asia. Model tersebut khabarnya akan dibawa masuk tahun ini, tetapi tarikh sebenar masih belum diketahui. Lain pula cerita awal tahun ini, kami sekali lagi bersama Subaru ke Pameran Motor Singapura (SMS) 2019 untuk menyaksikan pengenalan model Forester e-Boxer.

BACA>>>13 Fakta Pantas – Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

Bagaimanapun, ketibaan model itu ke pasaran Malaysia masih belum diketahui kerana pengedar kenderaan Subaru di Malaysia, Motor Image memutuskan untuk membawa masuk Forester (2019) terlebih dahulu yang didatangkan dengan enjin konvensional. Jadi kenalah sabar sikit.

ENJIN PETROL ELEKTRIK

Memasuki generasi kelima, Forester e-Boxer dibina berasaskan Platform Global Subaru (SGP) baharu yang dilengkapkan  ciri keselamatan perlanggaran dan Sistem Pemantauan Pemandu Subaru. Forester menggabungkan versi elektrik sederhana daripada enjin 2.0L, dinamakan e-Boxer (143hp/188Nm).

Tidak seperti jentera hibrid lain di pasaran, sistem e-Boxer dipacu kuasa elektrik sepenuhnya pada kelajuan rendah (di bawah input terotel lembut) dan dalam jarak terhad. Kedua-dua sumber kuasa itu saling bekerjasama untuk menghasilkan tambahan kuasa, sementara menunggu bateri dicas semula tenaga kinetik/brek.

BACA >>> Video Acah Sahkan Subaru WRX STI S209 Bakal Debut

Dipadankan kotak gear CVT, unit motor dan bateri litium-ion (diletakkan di bawah lantai but), kenderaan utiliti sukan (SUV) ini mendapat kuasa tambahan 13.4hp/65Nm, manakala trenkuasa masih lagi kekal dalam sistem pacuan simetrikal AWD.

TEKNOLOGI EYESIGHT

Tidak ketinggalan, Forester e-Boxer didatangkan dengan Teknologi Bantuan EyeSight. Tidak seperti pesaing, Subaru menggunakan sistem yang kurang rumit dengan hanya menggunakan dua kamera di sebalik cermin pandang belakang. Ini berbeza dibandingkan pesaing lain yang menggunakan kombinasi kamera, radar dan laser.

Teknologi baharu ini terdiri daripada ciri keselamatan Brek Pra-Perlanggaran (PCS), Pengurusan Terotel Pra-Perlanggaran (PCTM), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Mula Kenderaan Depan (LVSA), Amaran Tukar Lorong dan Lencong (LDSW)

BACA>>>Toyota C-HR Tolong Ryu Lawan M Bison dalam Street Fighter II

Bagi mengelak perlanggaran depan, EyeSight berfungsi pada kelajuan berbeza, iaitu hingga 50kmj, manakala ciri brek pra-perlanggaran beroperasi pada kelajuan bermula 1-200kmj.

GALERI

 

 

 

hibrid Motor Image Pameran Motor Singapura Pameran Motor Singapuran (SMS) 2019 Roda4 Singapore Motorshow 2019 SMS 2019 Subaru Subaru Forester (2019) Subaru Forester e-Boxer SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.