SEDAR tidak sedar, siri Toyota Corolla sudah berusia enam dekad dan sempena memperingati ulang tahun yang bakal disambut pada 20 Oktober tahun ini, Toyota mengemas kini edisi aniversari Toyota Corolla Active Sport dan Toyota Corolla Touring Active Sport dengan spesifikasi ulang tahun ke-60.
Selain itu, edisi aniversari Toyota Corolla Sport dan Toyota Corolla Cross juga akan dilancarkan bermula pertengahan tahun ini.
Pada masa sama, Toyota turut melakukan beberapa penambahbaikan pada Corolla dan Corolla Touring,termasuk melancarkan kenderaan sekolah memandu Toyota baharu yang berasaskan model Corolla.
Sejak diperkenalkan pada 1966, Corolla sentiasa berevolusi selari perubahan zaman, yang berteraskan tiga prinsip utama:
- Kualiti tinggi pada harga rendah
- Perubahan
- Sesuatu yang ekstra
Sehingga kini, Corolla sudah dijual di lebih 150 negara dengan jualan global terkumpul melebihi 57 juta unit, menjadikan model itu sangat dekat di hati pelanggan merentasi generasi.
Toyota Corolla Edisi Aniversari: Active Sport, Touring Active Sport

Ciri-ciri umum:
- Pelekat logo peringatan ulang tahun ke-60 pada fender depan
- Panel instrumen dibalut kulit sintetik dengan logo ulang tahun ke-60 dalam ukiran laser
- Suspensi ditala khas (untuk model 2WD sahaja)
- Rim aluminium 17 inci dengan kemasan cat hitam
i. Toyota Corolla Active Sport (Edisi Aniversari)

- Gaya urban yang lebih segak dan sofistikated
- Bampar depan rekaan khas dan rocker molding mengikut warna badan
- Kerusi sport depan dengan paduan warna kelabu sederhana dan hitam
ii. Toyota Corolla Touring Active Sport (Edisi Aniversari)
- Gaya luaran (outdoor) untuk mereka yang aktif
- Bampar depan rekaan eksklusif Neutral Black
- Warna badan khas Neutral Black x Ash turut ditawarkan

Harga (Edisi Aniversari)
i. Toyota Corolla Active Sport (Sistem Hibrid Selari 1.8L)
- 2WD (FF) – 3,231,800 yen (RM80,700)
- E-Four – 3,446,300 yen (RM86,050)
ii. Toyota Corolla Touring Active Sport (Sistem Hibrid Paralel 1.8L)
- 2WD (FF) – 3,282,400 yen (RM81,960)
- E-Four – 3,496,900 yen (RM87,320)
iii. Kenderaan Latihan Toyota (Sekolah Memandu)

Barisan model itu merangkumi varian hibrid 1.8L dan varian petrol 1.5L Dynamic Force dengan transmisi manual 6-kelajuan untuk tujuan pembelajaran pemanduan.
- Petrol (1.5L / Manual 6-Kelajuan) – 2,142,800 yen (RM53,510)
- Hibrid (1.8L / E-CVT) – 2,400,200 yen (RM59,930)








































































