• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Acah Sahkan Subaru WRX STI S209 Bakal Debut

Video Acah Sahkan Subaru WRX STI S209 Bakal Debut

December 21, 2018 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


PADA April lalu, tersebar laporan mengenai dokumen dekoder nombor pendaftaran kenderaan (VIN) untuk satu model Subaru 2019, dikatakan WRX STI S209 (2019) yang dihantar Subaru Amerika Utara kepada Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA).

Terbaharu, Subaru USA  menyiarkan video acah tentang sedan prestasi tinggi itu. Tidak banyak perincian rasmi tentang S209 didedahkan, tetapi apa boleh dijangka ia akan memiliki komponen sama seperti WRX STI S208 (2015).

BACA >>> Subaru WRX STI Type RA-R Edisi JDM Sempena Ulang Tahun STI - 324hp, 500 Unit

Sedan sport versi edisi terhad itu menampilkan rak stereng lebih pantas, damper boleh laras Bilstein, rim BBS 19 inci, spoiler besar dan bumbung gentian karbon. Prestasi turut dipertingkat dengan pertambahan kuasa kepada 324hp dan tork 432Nm daripada 310hp dan 399Nm untuk STI standard.

Video acah itu memaparkan sebuah WRX dengan kamoflaj dipandu mengelilingi litar lumba Virginia International Raceway dengan spoiler besar, panel lencong (dive plane) di sudut bampar, rim BBS emas dan beberapa kemas kini lain.

WRX STI S209 (2019) dijangka dibina dalam jumlah kecil. S207 sebelum ini dihadkan kepada 400 unit sahaja, manakala hanya 450 unit S208 dihasilkan. Jadi ada kemungkinan jumlah pengeluaran S209 ialah sekitar 500 unit maksimum, dan timbul desas-desus ia untuk pasaran AS sahaja.

BACA >>> Subaru Forester 2.0 STI Performance yang Lebih Eksklusif, RM135,288 di Malaysia

WRX STI S209 (2019) khabarnya akan melakukan debut sempenan Pameran Auto Antarabangsa Amerika Utara (NAIAS) 2019 di Detroit, AS, bulan depan. Jadi harap sabar menunggu perincian lengkap sedan tersebut.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Sedan, Subaru, Subaru USA, Subaru WRX STI (2019), Subaru WRX STI S209, teaser, Video Acah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!
    Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev