Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Subaru WRX STI Versi 2019 Bakal Tampil Lebih Berkuasa
Auto Terkini

Subaru WRX STI Versi 2019 Bakal Tampil Lebih Berkuasa

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


WALAUPUN usia model ini semakin meningkat, pemilik dan bakal pembeli nyata berpuas hati dengan model sedan pacuan semua roda (AWD) ini. Kelompok penggemar ini jenama ini juga tampak begitu positif.

Seperti model terdahulu yang dibina berasaskan Impreza, WRX STI (2019) bakal tampil dengan badan dan platform baharu. Pembeli sedan ini nampaknya berpeluang mendapatkan sesuatu yang cuma terhad untuk model 2018, iaitu lebih kuasa!

Tetapi, peningkatan kuasa itu tidaklah ketara, jadi janganlah terlalu mengharap.

BACA >>> Subaru STI Rai Ulang Tahun ke-30 – Antara Divisyen Prestasi Paling Digeruni

Dokumen dekoder nombor pendaftaran kenderaan (VIN) untuk model 2019 dihantar ke Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) daripada Subaru Amerika Utara mendedahkan peningkatan kuasa bagi enjin boxer 4-silinder 2.5L turbo.

Dokumen bertarikh 11 April itu mendedahkan output kuasa sebanyak 310hp, iaitu peningkatan 5hp sahaja berbanding model terdahulu.  Enjin boxer 2.0L turbo pada WRX kekal pada kuasa 268hp.

Output kuasa STI (2019) adalah sama seperti STI Type RA edisi terhad, iaitu model yang diumumkan pada 2 April lalu sempena meraikan ulang tahun ke-30 STI (Subaru Tecnica International), yang juga subsidiari Subaru daripada divisyen prestasi dan sukan permotoran. Hanya 500 unit Type RA disediakan untuk pasaran Amerika Syarikat bagi model 2108.

BACA >>> Toyota 86 dan Subaru BRZ Serba Baharu dalam Pembikinan?

Selain ciri ekslusif seperti bumbung gentian karbon, absorber Bilstein, dan sistem kawalan dinamik (VDS) multimod yang diubah suai, model STI Type RA turut dilengkapi ekzos aliran tinggi (high-flow), sistem ambilan besar, dan unit kawalan elektronik (ECU) yang ditala semula untuk lebih impak umpphhh pada halaju akhir. Namun tork masih kekal pada 393Nm.

Belum ada sebarang pengumuman rasmi tentang WRX STI (2019) daripada Subaru. Pasti ramai tidak sabar menanti.

SUMBER: AutoGuide

Roda4 Sedan Subaru Subaru WRX STI Subaru WRX STI (2019)
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kuota BUDI95 mungkin dikurangkan | Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Turun kepada 150 Liter Sebulan? Kerajaan Fokus Jamin Bekalan Petrol Negara

    12/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.