• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota 86 dan Subaru BRZ Serba Baharu dalam Pembikinan?

Toyota 86 dan Subaru BRZ Serba Baharu dalam Pembikinan?

April 9, 2018 By admin.pandulaju 4 Comments

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA dan Subaru khabarnya sedang berusaha menghasilkan model sport terbaharu 86 dan BRZ. Menurut laporan Japan Times, kedua-dua gergasi automotif itu kini sedang bergandingan untuk menghasilkan generasi baharu 86 dan BRZ.

Masih lagi diteraju Toyota, model sport baharu itu kelak akan tampil lebih berkuasa dan mampu meningkatkan imej serta menjadi daya tarik buat pelanggan baharu kedua-dua gergasi automotif itu. Model tersebut akan dikuasakan enjin 2.4L turbo seperti yang terdapat pada Subaru Ascent.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

Sistem pacuan roda belakang (RWD) seperti model semasa masih dikekalkan, manakala pusat graviti (CoG) akan direndahkan. Malah, teknologi bantuan pemanduan EyeSight daripada Subaru akan dipadankan dengan model kerjasama itu.

Namun, dakwaan laporan ini sedikit meragukan kerana tidak mengandungi maklumat penting seperti asal sumber maklumat berkenaan melainkan hanya menyebut sumber tidak bernama. Namun, segala kemungkinan itu tetap munasabah dan relevan.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah Sebab Kenapa 86 Jadi Nombor Kesayangan Toyota

Toyota sememangnya diketahui sedang gigih menghasilkan model dengan ciri pemanduan menarik dan mengujakan sebagai bukti komitmen terhadap industri sukan permotoran. Pengenalan semula model baharu menggunakan nama legenda seperti Supra, termasuk rekabentuk yang mengambil ilham model lama kini mula diselitkan seperti pada Camry dan Corolla. Itu semua sudah cukup menjadi bukti tentang spekulasi berkenaan.

Model baru Corolla turut diperkenalkan dalam transmisi manual 6-kelajuan sebagai menyokong hasrat Toyota ke arah pemanduan menyeronokkan. Japan Times mendakwa model baru 86 dan BRZ itu akan muncul di pasaran sekitar 2021.

SUMBER: AutoGuide

Related

16
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Japan Times, Roda4, Subaru, Subaru BRZ, Toyota, Toyota 86

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev