• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 13 Fakta Pantas – Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

13 Fakta Pantas - Subaru Forester (2019) dengan Teknologi EyeSight®, di Malaysia Tahun Depan

August 7, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


KAMI bersama beberapa rakan media dari negara Asia lain kini berada di Taiwan sempena majlis pelancaran Subaru Forester (2019) serba baharu selain berpeluang memandu uji model kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu di Tai Chung.

Diterbangkan khas Motor Image, selaku pengedar rasmi kenderaan Subaru di 8 negara Asia, Forester (2019) serba baharu kali ini menerima kemas kini dari segi perincian dan praktikaliti untuk keselesaan dan keseronokan maksimum.

Berikut 13 fakta ringkas tentang Subaru Forester (2019) yang bakal berada di Malaysia tahun depan:

1. Bahagian kejuruteraan diperhalusi dan direka semula dengan pelbagai ciri dipertingkatkan untuk keseimbangan pengendalian dan ruang kabin lebih luas.

2. Ada 4 pilihan varian:

  • Subaru Forester 2.0 i-S EyeSight®
  • Subaru Forester 2.0 i-S
  • Subaru Forester 2.0 i-L EyeSight®
  • Subaru Forester 2.0 i-L

*Spesifikasi dan data model mungkin berbeza mengikut pasaran negara

3. Keselamatan jadi keutamaan dengan segudang ciri keselamatan aktif dan ciri bantuan pemandu yang menjadi sebahagian Teknologi Teras Subaru:

  • Platform Global Subaru
  • Pacuan Semua Roda Simetri
  • Enjin Boxer
  • Teknologi Bantuan Pemandu EyeSight®
Subaru Forester (2019) Regional Launch2
Subaru Forester (2019) Regional Launch1
Subaru Forester (2019) Regional Launch3

4. Platform Global Subaru (SGP) - Pembangunan semula Forester (2019) melibatkan rekabentuk semula casis. SGP menawarkan respos stereng tinggi, olengan badan berkurangan 50 peratus, penyerapan perlanggaran dipertingkatkan hingga 40 peratus dan pengurangan bunyi bising jalan, manakala aspek pemanduan kini lebih stabil.

5. Symmetrical AWD - Sistem pacuan semua roda simetri memberikan hantaran kuasa yang lancar ke setiap roda dengan menawarkan kestabilan dan kawalan maksimum berserta respon stereng lebih baik di selekoh. Ini termasuk menawarkan keseimbangan dan kawalan traksi atas jalan basah selain membolehkan pemandu meredah apa jua situasi permukaan jalan dan rupa bumi dengan mudah.

6. Dikuasakan Enjin 2.0L Boxer (156PS/196Nm) suntikan langsung meningkatkan kuasa kuda dan menawarkan kecekapan bahan api. Keseronokan memandu juga dipertingkat menerusi transmisi CVT bersama mod manual 7-kelajuan baharu.

7. Teknologi Bantuan EyeSight® Teknologi baharu ini merangkumi ciri keselamatan brek pra-perlanggaran automatik, pengurusan terotel pra-perlanggaran, kawalan jelajah adaptif, lead vehicle start alert, pelepasan lorong dan lane sway warning.

Subaru Forester (2019) Regional Launch21
Subaru Forester (2019) Regional Launch19
Subaru Forester (2019) Regional Launch12

8. Tidak ketinggalan, pemandu kini boleh mengaktifkan fungsi X-Mode menerusi butang kawalan baru pada mod pilihan yang memudahan operasi penukaran.

9. Pengendalian Forester dipertingkatkan lagi dengan ciri Pemvektoran Tork Aktif (ATV) yang meningkatkan keyakinan kawalan kestabilan di selekoh. Sebagai tambahan, ciri seperti auto hold dan pengesan kenderaan belakang Subaru (SRVD) turut ditawarkan pada model 2019 itu.

10. SRVD menggunakan sensor radar yang mengesan objek dan kenderaan di belakang Forester lalu memberi amaran kepada pemandu melalui tiga fungsi utama: pengesanan titik buta, bantuan perubahan lorong dan amaran lalu lintas belakang.

Subaru Forester (2019) Regional Launch22
Subaru Forester - Interior Fittings & Finishing
Subaru Forester - Power Rear Gate

11. Kabin Forester direka semula, konsol tengah kini menawarkan lebih banyak ruang apabila Subaru menggantikan brek tangan dengan brek parkir elektronik. Tidak ketinggalan kabin diperhalusi menerusi ciri poket kerusi dengan pembahagian ruang simpanan, port cas USB dan corong pendingin hawa di belakang konsol tengah.

12. Panel instrumen menampilkan paparan multi fungsi berkualiti tinggi dan SUV berkenaan ditawarkan dengan tambahan ruang kaki belakang dan ruang kargo dengan bukaan pintu but lebih luas.

13. Kemas kini bahagian luaran Forester boleh dilihat pada gril, lampu depan dan belakang untuk kelihatan lebih elegan. Subaru Forester serba baharu akan tersedia di Malaysia pada suku kedua 2019.

GALERI

 

 

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Motor Image, Segmen D, Subaru, Subaru Forester (2019), SUV, SUV saiz pertengahan, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
  • Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
    Honda EX5 (2020) Kini dengan Grafik Baharu, Harga Mula RM4.7k
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
    #BikinMotorLaju: [SIRI 2] Pilih Tayar Prestasi Tinggi - Tip Pilih Saiz dan Jenis
  • TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!
    TERKINI!!! Honda CBR250RR (2020) Sah Lancar di Malaysia Hujung Tahun Ini!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my