• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Toyota C-HR Tolong Ryu Lawan M Bison dalam Street Fighter II

Toyota C-HR Tolong Ryu Lawan M Bison dalam Street Fighter II

February 20, 2017 By AO 1 Comment

FacebookTwitter


APABILA menyebut JEPUN, ada tiga perkara yang biasanya terlintas dalam fikiran. Pertama, negara pengeluar jenama automotif berstatus global dan kedua, negara pencipta pelbagai permainan video (game) menarik dan mengujakan. Ketiga, Godzilla (boleh abaikan tentang ini).

Terbaru, Toyota Jepun menyiarkan iklan komersil untuk negara itu dengan memaparkan dua daripada tiga perkara di atas. Iklan tersebut membawa masuk crossover Toyota C-HR ke dalam game arked popular Capcom, Street Fighter II, di mana protagonis utama, Ryu masuk ke dalam kereta itu dan pergi menjelajah seluruh dunia dengan melawat pelbagai pentas pertarungan berbeza untuk bertemu karakter lain dalam game itu. Turut menyerikan lagi iklan bertema game itu ialah lagu latar dendangan kumpulan rock legenda dunia, Queen, 'Keep Yourself Alive'.

BERTARUNG DALAM KERETA

toyota-chr-street-fighter-3
toyota-chr-street-fighter-1
toyota-chr-street-fighter-4
toyota-chr-street-fighter-2

Penamat iklan menyaksikan pertarungan antara Ryu dan ketua penjahat, M Bison. Menariknya, Ryu bertarung sambil memandu C-HR dengan menangkis serangan Bison menggunakan bonet kereta yang dibuka, manakala serangan dibuat secara melancarkan kuasa laser daripada lampu utama kereta hingga lawannya itu tumpas.

Kemenangan akhir Ryu disudahi dengan aksi tumbukan 'upper-cut' ke udara yang cukup terkenal di kalangan peminat game itu sebagai jurus 'Shoryuken'.

Apakah Toyota benar-benar serius mahu mencabar pasaran crossover antarabangsa? Jika di Malaysia, trend global - crossover - dilihat semakin diminati pembeli negara ini. Lihat saja jualan Honda menerusi kehadiran HR-V dan BR-V yang dikatakan antara punca utama pesaing itu menguasai pasaran kereta bukan nasional di Malaysia.

Apapun, kita layan dulu iklan komersil di bawah:

SUMBER: Autoblog

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Toyota Tagged With: autotainment, Capcom, Crossover, game, iklan komersil Toyota C-HR, Keep Yourself Alive, permainan video, Queen, Street Fighter II, Toyota, Toyota C-HR

Comments

  1. batman says

    February 21, 2017 at 11:25 PM

    anime

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my