Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!
Roda4

Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

Abang HirataBy Abang Hirata14/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SELEPAS pengumuman membatalkan tiga model elektrik iaitu Honda 0 SUV, Honda 0 Saloon dan Acura RSX, Honda Motor Co., Ltd. kini melakukan anjakan strategi dengan memperkenalkan barisan model hibrid generasi baharu.

Melalui taklimat perniagaan global yang berlangsung di Jepun pada 14 Mei 2026, Honda dan Acura mendedahkan prototaip sedan dan SUV hibrid yang membayangkan hala tuju baharu jenama tersebut.

Apa yang menarik adalah rekabentuk kedua-dua prototaip Honda dan Acura mengingatkan kepada Honda 0 Saloon dan Acura RSX yang dibatalkan.

Adakah Honda membatalkan projek EV tersebut dan mengolahnya semula kepada model hibrid?

Prototaip Sedan Honda dan SUV Acura

Honda 0 Saloon

Model prototaip Honda Hybrid Sedan yang didedahkan merupakan pratonton kepada salah satu daripada 15 model baharu yang dirancang.

Selain itu, prototaip Acura Hybrid SUV turut dipamerkan sebagai model SUV hibrid pertama Acura yang akan menggunakan sistem dan platform generasi baharu ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

Model hibrid bersaiz besar iaitu Segmen-D pula dijadualkan untuk pelancaran pada tahun 2029.

Acura RSX

Strategi Pembangunan dan Pengeluaran Global

Ketua Pegawai Eksekutif Global Honda Motor Co., Ltd., Toshihiro Mibe, menyatakan bahawa Honda akan memperuntukkan semula lebih banyak sumber pembangunan dan pengeluaran ke dalam model hibrid.

Langkah ini untuk mempercepatkan pelancaran pasaran mendahului jadual asal dan menambah bilangan produk yang berdaya saing.

Honda merancang untuk memperkenalkan 15 model hibrid baharu secara global menjelang tahun 2030, dengan tumpuan utama di pasaran Amerika Utara.

Bagi menyokong perancangan ini, Honda akan meningkatkan pengeluaran kenderaan hibrid di kilang pemasangan Marysville dan East Liberty.

Malah, semua kilang pemasangan kenderaan Honda di Amerika Utara akan diberikan keupayaan untuk menghasilkan model hibrid pada masa hadapan.

Trenkuasa dan Teknologi Generasi Baharu

Honda akan mula melancarkan model yang dilengkapi dengan sistem hibrid serba baharu dan platform generasi terbaru bermula tahun 2027.

Sistem hibrid dua motor Honda yang memenangi pelbagai anugerah telah dipertingkatkan melalui kemajuan teknikal seperti meluaskan julat operasi enjin yang paling cekap serta meningkatkan kecekapan pemanduan unit hibrid tersebut.

Secara keseluruhan, Honda berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan bahan api model hibrid generasi baharu ini sebanyak lebih 10%.

Pada masa yang sama, kos sistem akan dikurangkan sebanyak 30% bagi memastikan kelebihan daya saing.

Selain itu, unit AWD elektrik yang baru dibangunkan akan membolehkan kawalan motor yang sangat tepat dan responsif.

Pembangunan ADAS Canggih

Satu lagi kemas kini penting melibatkan pembangunan sistem bantuan pemanduan canggih (ADAS) generasi baharu yang akan diperkenal bermula tahun 2028.

Sistem canggih ini akan membantu pemandu dalam operasi kenderaan seperti pecutan dan stereng di sepanjang laluan hingga ke destinasi.

Teknologi ini akan berfungsi secara lancar di lebuh raya dan juga jalan biasa berdasarkan input pemandu pada sistem navigasi.

Dengan menerapkan ADAS generasi baharu ini pada model hibrid, Honda menyasarkan agar lebih ramai pelanggan dapat merasai nilai baharu yang menggabungkan keseronokan pemanduan dengan pengalaman mobiliti yang bebas tekanan dan selesa bagi penumpang.

Acura Acura Hybrid SUV Honda Honda Hybrid Sedan
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-60 3.3L MHEV Dilancar di Malaysia, Harga RM252k

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: GWM Haval H7 Hi4 PHEV Kini Debut di Malaysia, Kembar Haval Raptor di China

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.