Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000
Auto Terkini

Selepas 1 Julai, Lupakan EV Import Murah, Harga Dijangka Bermula RM300,000

Han OthmanBy Han Othman29/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Harga EV CBU tidak lagi murah mula 1 Julai 2026

ERA kenderaan elektrik (EV) import mampu milik di Malaysia dijangka berakhir tidak lama lagi. Bermula 1 Julai ini, harga EV yang diimport sepenuhnya (CBU) dijangka melonjak naik, pada harga di bilik pameran dijangka bermula RM300,000.

Kenaikan mendadak itu susulan pelaksanaan syarat import baharu dikenakan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) yang bakal merombak semula landskap pasaran EV negara.

Menurut penganalisis di Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz mengesahkan MITI mengenakan dua syarat utama untuk setiap unit EV import:

  • Nilai CIF Minimum RM200,000: Nilai Kos, Insurans dan Tambang (CIF) bagi setiap unit mesti sekurang-kurangnya RM200,000
  • Kuasa Minimum 180kW: EV diimport mesti ada output kuasa sekurang-kurangnya 180kW

Kesan Langsung: BYD, GWM, MG Model Asas Akan Hilang

BYD Atto 3 Malaysia
GWM Ora Good Cat 2022

Apabila nilai asas kos, insuran dan pengangkutan (CIF) sudah RM200,000, harga jualan sebenar akan jadi jauh lebih tinggi selepas mengambil kira duti import, duti eksais, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) 10 peratus, dan margin pengedar.

Dasar ini secara efektif menamatkan pasaran untuk EV import mampu milik yang disasarkan untuk pasaran massa, termasuk model peringkat aras mula jenama import seperti BYD, GWM (Great Wall Motor) dan MG (Morris Garages),” kata Wan Mustaqim.

Ini bermakna model popular yang kini dijual pada harga sekitar RM100,000 hingga RM180,000 seperti BYD Dolphin, BYD Atto 3 Standard Range, GWM Ora Good Cat dan MG4 tidak lagi boleh diimport dalam bentuk CBU selepas tarikh tersebut.

Peluang Terakhir Beli Pada Harga Lama

Bagaimanapun, masih ada peluang terakhir untuk pengguna. Kenderaan CBU yang sudah berada dalam negara atau yang sedang dalam perjalanan sebelum 1 Julai akan dikecualikan daripada syarat baharu itu sehingga stok sedia ada habis dijual.

Ini bermakna beberapa bulan akan datang akan menyaksikan jualan penghabisan stok untuk model EV mampu milik ini pada harga semasa.

Strategi MITI: Paksa Jenama Buat CKD di Malaysia

 

Logo Reseacrh by Kenanga
Logo MITI

Kenanga Research melihat langkah itu bukan sekadar sekatan, tetapi strategi jelas MITI untuk memaksa pengeluar global melabur di Malaysia.

MITI menggunakan sekatan import ini untuk memaksa pembuat kereta global melabur dalam barisan pengeluaran CKD (pemasangan tempatan), sekali gus menamatkan kebergantungan kepada import kos rendah untuk menguji pasaran,” tambah laporan itu.

Dasar tersebut dijangka memberi kelebihan besar kepada pengeluar yang sudah ada kemudahan pemasangan tempatan.

Antara penerima manfaat utama yang disenaraikan:

  • Perodua: Melalui fasiliti Smart Mobility
  • Proton dan Zeekr: Dipasang di kilang DRB-Hicom Tanjung Malim
  • Xpeng, GWM, BAIC, dan SAIC: Menggunakan fasiliti EP Manufacturing Bhd di Melaka
  • Pengeluar kontrak pihak ketiga: Seperti Inokom Corp Sdn Bhd di bawah Sime Darby Bhd

Pasaran Dijangka Beralih kepada PHEV

Dengan berakhir pengecualian cukai penuh untuk EV CBU pada akhir tahun lalu, ditambah syarat import baharu ini, Kenanga Research menjangka permintaan pengguna akan beralih secara ketara kepada kenderaan hibrid plug-in (PHEV).

Model PHEV dilihat sebagai jambatan paling praktikal kerana tidak terikat dengan syarat kuasa dan nilai CIF ketat itu, selain menawarkan fleksibiliti tanpa ‘kebimbangan jarak’ (range anxiety).

Namun, laporan itu turut memberi amaran, peralihan kepada EV dan pemasangan tempatan akan membawa cabaran tenaga kerja, kerana barisan pemasangan EV standard biasanya memerlukan 30 hingga 40 peratus jam buruh yang lebih sedikit berbanding kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

Jika anda merancang membeli EV import mampu milik, beberapa bulan ini adalah masa terakhir sebelum harga pasaran berubah sepenuhnya.

SUMBER: NST.com.my

BYD Malaysia CKD EV Malaysia EV CBU EV RM300k harga EV naik 2026 MITI EV import PHEV Malaysia syarat import EV Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

LRT3 Laluan Shah Alam
Auto Terkini

LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Hari Ini, Tambang Sebulan Percuma hingga 31 Julai

29/06/2026
Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
Roda4

Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

29/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

26/06/2026
Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
Autotainment

Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

28/06/2026

Comments are closed.

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

By Syafie19/06/2026
Auto Terkini

Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

By Syafie19/06/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
Roda2

SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

By Shazwan Hisam21/06/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.