Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Nissan Almera Turbo Buka Tempahan, Harga Mula RM80k, Petrol Penuh 650km!
Auto Terkini

Nissan Almera Turbo Buka Tempahan, Harga Mula RM80k, Petrol Penuh 650km!

Han OthmanBy Han Othman05/09/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


EDARAN Tan Chong Motor (ETCM) membuka tempahan Nissan Almera Turbo serba baharu yang menampilkan enjin turbo 1.0L serba baharu dan dipadankan transmisi XTRONIC CVT dengan teknologi D-Step Logic System dan ciri mod Sport pada anggaran harga antara RM80,000 dan bawah RM100,000.

Walaupun kapasiti enjin lebih kompak, trenkuasa turbo ditawarkan sedan ini menawarkan tork hingga 152Nm, setanding enjin 1.6L, dengan penjimatan bahan api sekitar 18.4km per liter menurut rating Kitaran Pemanduan Eropah Baharu (NEDC) R101, menyamai jarak 650km untuk isian tangki penuh.

Enjin turbo 1.0L baharu ini turut menampilkan beberapa inovasi teknikal. Pemandu dapat merasai pecutan serta-merta daripada mampatan turbo menerusi penambahbaikan buka-tutup injap pintu sisa (waste gate) yang lebih efisien, sekali gus mengurangkan masalah jeda turbo (turbolag).

BACA >>> #Spyshot: Nissan Almera (2020) Dikesan di Putrajaya, Malaysia Dapat Enjin 1.0L Turbo?
BACA >>> #Spyshot: Lagi Nissan Almera (2020) Ditemui di Putrajaya

GUNA TEKNOLOGI NISSAN GT-R

Enjin baharu kali ini juga hadir dengan Teknologi Saduran Gerek Kaca (Mirror Bore Coating Technology) yang diadaptasi daripada Nissan GT-R. Teknologi baharu ini membantu mengurangkan geseran antara gelang piston dan bahagian dalaman silinder, sekali gus meningkatkan ketahanan, mengurangkan masalah kehausan dan pengurusan haba, termasuk menjadikan pemanduan harian lebih jimat dan mesra alam.

Selain trenkuasa inovatif, Almera Turbo serba baharu ini dilengkapkan teknologi keselamatan termaju seperti Nissan Intelligent Mobility dan Nissan Safety Shield 360. Semua varian dibekalkan tiga ciri standard Amaran Perlanggaran Depan Pintar (Intelligent Forward Collision Warning, IFCW) dan Brek Kecemasan Depan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking, IFEB).

Varian paling premium pula ditambahkan sistem Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Pemantau Pandangan Keliling Pintar (I-AVM) dengan Pengesan Objek Gerak (I-MOD)

BACA >>> Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)

LUARAN SEAKAN SEDAN SEGMEN-C

Rekabentuk luaran diserlahkan menerusi gril signatur V-motion dan lampu utama LED bentuk bumerang dengan garis bumbung apung rendah untuk profil lebih kemas. Ini ditambah lampu belakang LED signatur yang memberikan penampilan moden dan aerodinamik.

Penampilan Almera Turbo serba baharu ini boleh dianggap lebih bergaya, moden dan energetik, selain provokatif dan penuh keyakinan. Dimensi badan juga lebih panjang (+70mm), lebar (+45mm) dan rendah (-40mm) serta pada masa sama mengekalkan ruang dalaman luas yang menjadi ciri istimewa sedan ini.

Ini secara tidak langsung mengubah visual Almera Turbo serba baharu yang kini nampak memiliki saiz seakan sedan segmen-C. Malah, jarak roda turut dipanjangkan 20mm.

Menjengah ruang kabin, panel instrumen ‘Gliding Wing’ tampil dengan sentuhan krom, kemasan piano hitam dan tekstur corak gentian karbon yang memberikan ambien mewah. Melengkapkan lagi pakej kabin sedan ini ialah stereng sport bawah rata, papan pemuka kulit lembut dengan sulaman ganda, unit infotainment skrin sentuh 8 inci dan kluster instrumen warna semi-digital 7 inci.

BACA >>> #BikinKereta: Nissan Almera (2020) dengan Kit Badan Drive68 untuk Gaya Mengancam!

KEKAL LUAS, CIRI KESELAMATAN DIPERTINGKAT

Ruang but 482 liter mampu menempatkan hingga empat beg golf dengan bukaan lebih rendah dan luas yang mudah diakses. Istimewa pasaran Malaysia, Almera Turbo serba baharu menawarkan kerusi belakang boleh lipat dalam konfigurasi 60:40 untuk ekstra ruang kargo atau muatan panjang.

Dua varian atasan Almera Turbo, VLP dan VLT serba baharu memiliki 6 beg udara SRS (2 beg udara untuk varian standard, VL), manakala semua varian diberikan ciri keselamatan seperti Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Mula Daki (HSA) dan cagak ISOFIX x2 dengan pautan atas (top tether).

Berikut perbezaan spesifikasi Almera Turbo serba baharu mengikut varian:

  • 1.0L VL – 98hp @ 5,000rpm, 152Nm @ 2,400-4,000; IFCW dengan IFEB; ADAD Standard, 2 beg udara, VDC, TCS, ABS, BA, EBD, HSA; kerusi fabrik
  • 1.0L VLP – 98hp @ 5,000rpm, 152Nm @ 2,400-4,000; IFCW dengan IFEB; kamera pandang belakang, ADAD (semi-digital warna penuh 7″), 6 beg udara, VDC, TCS, ABS, BA, EBD, HSA; kerusi kulit
  • 1.0L VLT – 98hp @ 5,000rpm, 152Nm @ 2,400-4,000; IFCW dengan IFEB; BSW, RCTA, IAVM dengan IMOD, ADAD (semi-digital warna penuh 7″), 6 beg udara, VDC, TCS, ABS, BA, EBD, HSA; kerusi kulit

Ada enam warna luaran ditawarkan, termasuk tiga warna baharu, iaitu Radiant Red (merah), Monarch Orange (jingga) dan Dark Metal Grey (kelabu) yang melengkapi warna popular sedia ada seperti Brilliant White (putih), Diamond Black (hitam) dan Tungsten Silver (perak). Semua varian Almera Turbo serba baharu juga mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Setiap pembelian dipakejkan bersama waranti  5 tahun tanpa had perbatuan dan 5 kali servis percuma (termasuk alat ganti dan kos upah).

Almera Turbo dijangka dilancarkan Oktober 2020, manakala proses penyerahan kepada pelanggan bermula selepas itu. Orang ramai kini dijemput menyaksikan previu eksklusif Almera Turbo serba baharu di bilik pameran ETCM terpilih seluruh negara pada 5-6 September dan 11-13 September.

ETCM turut menawarkan hadiah 15 unit iPhone SE (128GB) bernilai RM2,199 kepada pelanggan bertuah yang memandu uji Almera Turbo serba baharu.

Berikut lokasi dan tarikh pameran Almera Turbo serba baharu:

5-6 September
  • ETCM Glenmarie
  • ETCM Kepong
  • ETCM Jalan Raja Laut
  • ETCM Butterworth
  • ETCM Ipoh
  • ETCM Kuantan
  • ETCM Melaka
  • ETCM Batu Pahat
11 – 13 September
  • ETCM Alor Setar
12 – 13 September
  • ETCM Petaling Jaya
  • ETCM Shah Alam
  • ETCM Melati Utama
  • ETCM Serdang
  • ETCM Bayan Lepas
  • ETCM Sg. Petani
  • ETCM Kota Bharu
  • ETCM Johor Jaya
  • ETCM Seremban

Jika mahu mengetahui sebarang maklumat lebih lanjut mengenai Almera Turbo Serba Baharu, bolehlah layari laman web www.almeraturbo.com.my, atau hubungi Hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian 1800-88-3838. Tertakluk kepada terma dan syarat.

GALERI
Auto Terkini Edaran Tan Chong Motor (ETCM) ETCM Nissan Almera Turbo Pratempahan Nissan Almera Turbo Roda4 sedan segmen-B sedan subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi A6 allroad 2027, Wagon Versi Lasak Untuk Pelbagai Permukaan Jalan

17/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia – Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

16/06/2026
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

16/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

15/06/2026

1 Comment

  1. Insuran Kereta Online on 28/10/2020 16:40

    Nissan Almera Turbo memang best la

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

By Abang Hirata16/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

By Syafie15/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

#KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

By Shazwan Hisam12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.