• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)

Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)

November 15, 2019 By AO Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dikecohkan minggu lalu menerusi video acah disiarkan, Nissan Almera baharu akhirnya dilancarkan di Thailand dengan menampilkan rekabentuk serba baharu yang lebih sporty dan menarik dipandang mata.

Menampilkan konsep rekabentuk unik dinamakan 'Nissan Giving', rekabentuk luaran Almera baharu kali ini lebih slik dengan garis luaran badan lebih jelas. Paling menonjol sudah tentu gril signatur V-Motion yang diapit sepasang lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED.

Ruang kabin pula lebih moden dan beremosi yang setanding pesaing sedan lain dalam kelas sama yang bukan saja luas, tetapi juga selesa untuk keperluan seisi keluarga. Almera baharu ini turut dilengkapkan unit infotainment skrin sentuh 8 inci dengan sistem NissanConnect yang menyokong fungsi navigasi, pengecaman suara dan antaramuka Apple CarPlay.

BACA >>> ETCM Sah Perkenal Nissan Almera Serba Baharu, Termasuk Kicks, Sylphy dan Leaf

Pemandu turut diberikan kluster instrumen TFT 7 inci untuk paparan maklumat kereta seperti spidometer, penggunaan baha api, suhu enjin semasa, dan sistem pemanduan. Ruang but mampu memuatkan 4 beg golf dan 3 bagasi besar.

Trenkuasa menampilkan enjin baharu 1.0L Turbo DOHC HRAO dengan motor elektrik pintar (DC Motor) yang membantu mengawal mampatan turbo. Kuasa dihasilkan 100hp @ 5,000rpm, manakala tork 152Nm @ 2,400-4,000rpm. Kotak gear menggunakan transmisi Xtronic CVT dengan teknologi D-Step Logic (hidraulik + mekanikal) untuk hantaran kuasa lebih lancar dan halus dengan pecutan dipertingkat dan penggunaan bahan api lebih jimat.

BACA >>> Makoto Uchida Dilantik CEO Baharu Nissan

Tidak dilupakan teknologi pintar yang dipakejkan bersama sedan subkompak ini menerusi Nissan Intelligent Mobility yang terdiri daripada:

  • Pemantau Pandangan Keliling Pintar (IAVM) - varian V dan VL sahaja
  • Pengesan Objek Bergerak (MOD) dengan 4 kamera sekeliling kereta - varian V dan VL sahaja
  • Amaran Perlanggaran Depan Pintar (IFCW) - EL, V dan VL sahaja
  • Brek Kecemasan Pintar (IEB) - EL, V dan VL sahaja
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) - varian premium VL sahaja
  • Amaran Titik Buta (BSW) - varian premium VL sahaja
  • Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) - standard semua varian
  • Bantuan Mula Daki (HSA) - standard semua varian

Cir keselamatan asas pula dilengkapkan beg udara SRS untuk (6 beg udara untuk varian VL), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), imobiliser, tali keledar pra-tegang dengan pengehad beban, tali keledar ELR 3-poin, dan ISOFIX.

Almera spesifikasi Thailand ditawarkan dalam lima varian, iaitu S, E, EL, V dan VL dengan enam pilihan warna ditawarkan iaitu:

  • Red Radiant Red (merah)
  • Monarch Orange (jingga)
  • Storm White (putih)
  • Black Star (hitam)
  • Metallic Gray Color (kelabu)
  • Brilliant Silver (perak)
GALERI
nissan-almera-2020-thai-26
nissan-almera-2020-thai-27
nissan-almera-2020-thai-30
nissan-almera-2020-thai-23
nissan-almera-2020-thai-32
nissan-almera-2020-thai-24
nissan-almera-2020-thai-31
nissan-almera-2020-thai-28
nissan-almera-2020-thai-7
nissan-almera-2020-thai-8
nissan-almera-2020-thai-29
nissan-almera-2020-thai-9
nissan-almera-2020-thai-10
nissan-almera-2020-thai-11
nissan-almera-2020-thai-12
nissan-almera-2020-thai-13
nissan-almera-2020-thai-14
nissan-almera-2020-thai-15
nissan-almera-2020-thai-16
nissan-almera-2020-thai-17
nissan-almera-2020-thai-18
nissan-almera-2020-thai-19
nissan-almera-2020-thai-20
nissan-almera-2020-thai-21
nissan-almera-2020-thai-22
nissan-almera-2020-thai-30
1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Edaran Tan Chong Motor (ETCM), ETCM, Nissan, Nissan Almera, Nissan Almera (2020), Nissan Thailand, Nissan Versa, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
    #TahukahAnda: Inilah Beza Simbol Lampu Kabus Depan dan Belakang
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my