• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Nissan Almera (2020) Dikesan di Putrajaya, Malaysia Dapat Enjin 1.0L Turbo?

#Spyshot: Nissan Almera (2020) Dikesan di Putrajaya, Malaysia Dapat Enjin 1.0L Turbo?

August 10, 2020 By AI Leave a Comment

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERTENGAHAN tahun lalu, kami ada melaporkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengesahkan akan membawa masuk Nissan Almera serba baharu ke pasaran tempatan. Di negara jiran utara, Thailand pula sudah pun melancarkan model generasi keempat itu pada penghujung tahun lalu.

Cuma Malaysia masih belum diketahui tarikh pelancaran sedan segmen-B itu. Nampaknya pertempuran segmen subkompak tersebut akan semakin meriah jika Honda dan Nissan melancarkan model masing-masing dalam masa terdekat ini.

BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?

Pembaca kami, Zarul Mohd Zaman mendakwa terserempak Almera serba baharu sekitar Putrajaya pagi tadi. Model itu dipandu tanpa sebarang penyamaran tanpa menggantung plat dagang (trade plate). Jadi tidak mungkin model itu sedang diuji pasukan Pengesahan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Adakah Almera itu sedang dalam proses mendapatkan harga akhir jualan? Ini kerana setahu kami ETCM sudah lama menghantar model itu untuk menjalani ujian VTA.

Almera serba baharu ini menampilkan konsep rekabentuk unik dinamakan 'Nissan Giving' dengan sosok badan lebih slik dan garis badan lebih jelas.

Paling menonjol sudah tentu gril signatur V-Motion yang diapit sepasang lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED. Penampilan Almera baharu ini mengalami perubahan sepenuhnya  berbanding imej generasi terdahulu.

Di Thailand, sedan itu dijana enjin baharu 1.0L Turbo DOHC HRAO dengan motor elektrik pintar (DC Motor) yang membantu mengawal mampatan turbo. Kuasa dihasilkan 100hp @ 5,000rpm, dan tork 152Nm @ 2,400-4,000rpm, manakala transmisi jenis Xtronic CVT dengan teknologi D-Step Logic (hidraulik + mekanikal) untuk hantaran kuasa lebih lancar.

Berdasarkan maklumat diterima, Malaysia juga bakal menerima trenkuasa sama seperti Thailand. Kalau benar, memang menarik dan padu!

Difahamkan enjin lama tidak lagi ditawarkan di Malaysia. Adakah Malaysia bakal menerima spesifikasi sama seperti Thailand dengan tiga varian EV, L dan VL.

Apapun kita nantikan kehadiran Almera serba baharu ke pasaran tempatan nanti. Mungkin ETCM akan memberi laluan terlebih dahulu kepada Honda melancarkan sedan-B popular mereka.

BACA >>> Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)
BACA >>> Apa Jadi Kalau Perodua Myvi Disedankan?

Artikel Berkaitan

498
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), Foto Intip, foto spyshot, Nissan, Nissan Almera (2020), sedan segmen-B, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
    Ringkasan Masalah Proton dengan Kesatuan Pekerja, Apa Lagi Isu Lain?
  • #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
    #PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’
  • #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
    #Tular: Empat Samseng Civic Serang Myvi Kena Cekup, Sah Positif Dadah
  • 11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa
    11 Skil Pemandu Profesional yang Tidak Dimiliki Pemandu Biasa

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my