• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?

#TahukahAnda: Benarkah Lampu Motosikal Sentiasa Terpasang Punca Bateri Lemah?

May 27, 2020 By AI Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI beranggapan lampu utama yang terpasang setiap kali motosikal dihidupkan adalah punca bateri lemah. Namun itu bukan punca utama.

Lampu terpasang tiada kaitan dengan bateri jadi lemah atau cepat habis. Ini kerana bateri berfungsi sebagai tempat menyimpan arus elektrik searah yang diperoleh daripada generator atau teras.

BACA >>> #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

bateri-motosikal-1
bateri-motosikal-2

Dalam bateri terdapat sistem cas berpolar dan boleh dicas semula. Bateri bekerja secara automatik apabila enjin dan lampu dihidupkan. Ketika itu, bateri berterusan membekalkan arus elektrik kepada komponen seperti lampu dan pada masa sama arus elektrik itu sendiri diisi generator supaya ia kekal seimbang.

Situasi lampu terbakar apabila motosikal dihidupkan boleh jadi disebabkan situasi lahu atau rpm tinggi secara mendadak. Maksudnya, walaupun lampu ada kaitan dengan bateri, pemahaman dan persepsi umum yang mendakwa lampu yang dipasang berterusan membuatkan bateri lemah adalah tidak betul.

penunggang-motosikal-malaysia-1
penunggang-motosikal-malaysia-2

Ini kerana selagi arus elektrik pada koil dicas penuh dan seimbang, lampu yang kerap terpasang memang bukan masalah. Tambahan lagi kebanyakan motosikal moden hari ini sudah siap dilengkapkan ciri lampu utama nyala automatik (AHO) yang akan sentiasa terpasang sebaik saja kunci dipulas pada takah ON.

BACA>>>#TahukahAnda: Segala Tentang Lampu Depan Adaptif yang Perlu Anda Tahu

JADI, APAKAH PUNCA BATERI LEMAH?

bateri motor
Lampu depan motor_4
sistem-alarm-penggera-motosikal

Antara punca bateri jadi lemah adalah:

  • Sistem penggera: Tenaga bateri akan sentiasa mengalir untuk motosikal yang menggunakan sistem penggera.
  • Modifikasi berlebihan: Tindakan menambah aksesori elektronik seperti lampu LED, projektor atau lampu kelip-keli memang memerlukan tambahan kuasa elektrik. Tambahan lagi jika pemasangan itu memerlukan pendawaian khas dilakukan dan ini secara langsung melemahkan hayat dan tenaga bateri.
  • Masalah litar pintas: Litar pintas memang boleh melemahkan bateri. Ia boleh jadi disebabkan faktor usia kabel penyambung yang sudah uzur, atau kesilapan pemasangan ketika servis. Periksa sistem pendawaian, dan kondisi kabel
  • Motosikal lama tidak dihidupkan: Sama seperti bateri kereta.  Jika merancang menyimpan atau meninggalkan motosikal dalam tempoh masa lama, sila cabut kabel penyambung daripada terminal bateri.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Terjadi Kalau Sengaja Tidak Mahu Guna Bateri Motosikal?

SUMBER: Naikmotor

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Bateri, Bateri Motosikal, Kit Lampu, lampu depan, lampu siang, tahukah anda, TahukahAnda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol, Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my