Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MV Agusta Superveloce Alpine yang Cuma Ada 100 Unit Sahaja di Dunia, Harga RM178k
Roda2

MV Agusta Superveloce Alpine yang Cuma Ada 100 Unit Sahaja di Dunia, Harga RM178k

Han OthmanBy Han Othman11/12/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR motosaikal mewah dari Itali, MV Agusta mendedahkan model edisi terhad Superveloce Alpine yang diilhamkan daripada Alpine A110 dan dihasilkan 110 unit sahaja pada harga €36,300 (RM178,210).

Superveloce Alpine ialah model edisi khas hasil kolabolarasi antara MV Agusta dan pengeluar kereta dari Perancis, Alpine yang tampil dengan seragam biru sempena warna A110.

BACA >>> MV Agusta Sambut Ulang Tahun ke-75 dengan Superveloce 75 Anniversario Edisi Terhad

Model supeersport itu memiliki ciri pelana Alcantara dengan sulaman benang biru, strap kulit pada tangki minyak dan rim CNC hitam. Model edisi terhad juga diserta bendera Itali dan Perancis.

Pembeli akan mendapat kit lumba yang terdiri daripada sistem ekzos Arrow (trek sahaja), unit kawalan elektronik (ECU) dengan pemetaan enjin khas, penutup tangki minyak CNC, kowl pelana belakang, dan sijil ketulenan. Motosikal ini juga dilengkapi komponen gentian karbon pada penutup rantai, penutup salur udara, madgad dan fairing bawah.

BACA >>> Lelaki Ini Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 di Malaysia Berharga RM880k!

Kluster instrumen TFT 5 inci dilengkapkan dengan ciri aplikasi mobil MV Ride App yang boleh dihubungkan dengan telefon pintar pemilik.

Spesifikasi mekanikal dijana enjin 3-silinder 798cc penyejukan cecair yang diambil daripada F3 800 berkuasa 145hp @ 13,000rpm dan tork 88Nm 10,100rpm. Jika dipasangkan kit lumba, jenter middleweight ini mampu meledakkan kuasa setinggi 151hp @ 13250rpm.

Sistem transmisi jenis klac manual 6-kelajuan yang dipadukan ciri klac antigelincir dan Quick Shifter dua hala, manakala kelajuan maksimum mampu mencapai 240kmj.

Superveloce 800

Ciri lain Superveloce Alpine ialah fork terbalik (USD) di depan dan monoshock Sachs di belakang. Sistem henti menggunakan brek cakera kembar 320mm di depan dan cakera tunggal 220mm di belakang dengan kaliper Brembo. Sama seperti model MV Agusta lain, motosikal edisi terhad dipakejkan dengan waranti tiga tahun.

BACA >>> Thailand Lancar Yamaha MT-03 (2021) Edisi Khas, Jual 200 Unit Sahaja, Harga RM21.4k

Superveloce 800
Auto Terkini MV Agusta MV Agusta Superveloce Alpine roda2
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

PHEV

Denza B8 Rasmi DIlancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

21/05/2026
Puspakom lancar insurans dalam talian
Auto Terkini

Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

21/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

20/05/2026
Polis tahan 15 individu nyala suar di Bukit Bintang.
Auto Terkini

Promosi Kedai Pakaian Tukar Padah, Polis Tahan 15 Individu Buat Aksi Nyala Suar

20/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

By Shazwan Hisam17/05/2026
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

By Shazwan Hisam17/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Roda2

Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

By Shazwan Hisam14/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.