Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Promosi Kedai Pakaian Tukar Padah, Polis Tahan 15 Individu Buat Aksi Nyala Suar
Auto Terkini

Promosi Kedai Pakaian Tukar Padah, Polis Tahan 15 Individu Buat Aksi Nyala Suar

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Polis tahan 15 individu nyala suar di Bukit Bintang.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan 15 individu selepas satu aksi promosi menggunakan suar (flare) dan tunggangan berbahaya di Bukit Bintan, Kuala Lumpur tular di media sosial.

Kumpulan tersebut dipercayai melakukan aksi berisiko di Jalan Sultan Ismail berhampiran kawasan tumpuan pelancong awal pagi Ahad lalu bagi mempromosi sebuah kedai pakaian.

Police are tracking down a group of individuals who carried out a dangerous public stunt involving burning flares in Bukit Bintang earlier this morning.

The incident is believed to have involved around seven to eight individuals, with authorities now tracing the vehicle owners… pic.twitter.com/NWA34udDK8

— BFM News (@NewsBFM) May 18, 2026

Polis Bertindak Kurang 24 Jam

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, semua suspek ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas video insiden itu mula tersebar.

Seramai 14 lelaki dan seorang wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun ditahan dalam beberapa operasi di Batu Caves, Shah Alam, Kajang dan Dengkil.

Sazalee berkata, kumpulan tersebut terdiri daripada pemilik kedai pakaian berusia 24 tahun, pekerja premis dan individu yang diupah khas untuk melakukan aksi tersebut.

Polis tahan 15 individu nyala suar di Bukit Bintang.

Ada Dibayar Hingga RM700

Hasil siasatan awal mendapati lapan individu menerima bayaran antara RM50 hingga RM700 untuk terlibat dalam aksi promosi tersebut. Polis turut merampas beberapa barangan seperti sebuah trak pikap, dua motosikal scrambler elektrik dan pakaian yang digunakan ketika insiden.

Apa lebih mengejutkan, motosikal scrambler elektrik yang digunakan sebenarnya ialah model off-road yang tidak dibenarkan digunakan atas jalan raya awam. Kenderaan tersebut dipercayai milik beberapa suspek dan bukan disewa daripada pihak luar.

Polis tahan 15 individu nyala suar di Bukit Bintang.

Promosi Sempena Ulang Tahun Kedai

Siasatan awal mendapati aksi berbahaya itu dilakukan sempena kempen promosi ulang tahun ke-6 sebuah kedai pakaian di Dengkil, Selangor.

Rakaman video tular menunjukkan beberapa individu menyalakan suar sambil menaiki belakang trak pikap dan motosikal di tengah jalan raya.

Aksi tersebut mencetuskan kebimbangan ramai kerana dilakukan di kawasan sibuk dan berpotensi mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Setakat ini, semua suspek dilaporkan negatif dadah, manakala semakan rekod jenayah lampau masih dijalankan pihak polis.

Disiasat Bawah Beberapa Akta

Polis tahan 15 individu nyala suar di Bukit Bintang.

Kes kini disiasat di bawah beberapa peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Selain itu, siasatan turut melibatkan Seksyen 290 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Semua suspek kini direman tiga hari untuk siasatan lanjut.

Insiden tersebut sekali lagi menjadi peringatan bahawa aktiviti promosi atau konten media sosial melibatkan jalan raya awam perlu dilakukan secara terkawal dan mengikut undang-undang bagi mengelakkan risiko terhadap keselamatan orang ramai.

SUMBER: NewStraitsTime

15 individu Asisten Komisioner Sazalee Adam Auto Terkini Batu Caves Dengkil Kajang Ketua Polis Daerah Dang Wangi motosikal scrambler elektrik Nyala Suar di Bukit Bintang Polis Diraja Malaysia (PDRM) Promosi Kedai Pakaian Shah Alam
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.