• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Ini Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 di Malaysia Berharga RM880k!

Lelaki Ini Satu-Satunya Pemilik Ducati Superleggera V4 di Malaysia Berharga RM880k!

December 11, 2020 By Aryon Leave a Comment

859
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI Malaysia hari ini mendedahkan Superleggera V4 untuk pasaran tempatan berharga RM888,000 dan satu-satunya pemilik pertama superbike istimewa itu ialah Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin yang turut memiliki model Ducati lain seperti Panigale V4 R dan 1199 Panigale V4 S.

Apa yang istimewa tentang Superleggera V4?

  • Superleggera membawa maksud 'Super Light'. Nama ini pernah digunakan model Ducati terdahulu.
  • Inilah satu-satunya model motosikal sah jalanan di dunia dengan keseluruhan struktur casis (frem, subfrem, swingarm dan rim) dibina daripada material komposit.
  • Bagi menepati standard keselamatan dan kualiti tinggi, semua komponen Superleggera V4 diuji 100 peratus menggunakan teknik sofistikated yang dipinjamkan daripada industri aeroangkasa seperti termografi, pemeriksaan ultrabunyi dan tomografi.

Berat kering cuma 159kg, iaitu 16kg lebih ringan daripada Panigale V4 dengan nisbah kuasa kepada berat 1.41hp/kg (rekod baharu sportbike sah jalanan). Berat ini dicapai menerusi penggunaan bahan gentian karbon, titanium dan bahagian dimesin daripada komponen aluminium solid.

  • Penggunaan kit lumba mampu menambah baik angka prestasi standard Superleggera V4 kepada angka kuasa 234hp dan mengurangkan berat jentera kepada 152.2kg, sekali gus meningkatkan nisbah kuasa kepada berat menjadi 1.54hp/kg.
  • Ciri unik dimiliki ialah sistem suspensi Öhlins, sistem brek Brembo dengan kaliper Sylema R.
  • Komponen casis disatukan dengan pakej elektronik generasi terkini yang memuatkan teknologi EVO2 untuk Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan Quick Shifter Ducati (DQS) up-down.
  • Superleggera V4 ialah model edisi terhad, cuma 500 unit sahaja dihasilkan. Nombor identiti (ID) model Malaysia ini pula 210/500, sepadan dengan nombor pengenalan kenderaan (VIN) yang tertera pada frem, yok fork dan kunci penghidup.
  • Menggunakan ekzos lumba Akrapovic yang dikalibrasikan khas dengan enjin. Ini memberikan penunggang akses kepada mod paparan RaceGP yang eksklusif untuk kegunaan trek seperti panel jentera MotoGP, Desmosedici GP20.

BACA >>> Ducati Serah Superleggera V4 Kepada Pembeli Pertama
BACA >>> Ducati Panigale V4 SP (2021) - Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!

ducati-superleggera-malaysia-1
ducati-superleggera-malaysia-2
ducati-superleggera-malaysia-3
ducati-superleggera-malaysia-4
ducati-superleggera-malaysia-5
ducati-superleggera-malaysia-6
ducati-superleggera-malaysia-7
ducati-superleggera-malaysia-8
859
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Datuk Nazir Hussin Akhtar Husin, Ducati Malaysia, Ducati Superleggera V4, Pemilik Ducati Superleggera V4 Malaysia, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
    #TahukahAnda: Ketahui Perbezaan Jenis Palam Pencucuh di Pasaran
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • 5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
    5 Motosikal Gaya Cafe Racer dengan Bajet RM15k yang Boleh Anda Beli di Malaysia
  • 5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju
    5 Perkara Perlu Anda Tahu Sebelum Tukar ECU Aftermarket untuk Bikin Motor Laju

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my