• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati Panigale V4 SP (2021) – Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!

Ducati Panigale V4 SP (2021) - Jentera Pengeluaran dengan Spesifikasi Trek!

November 22, 2020 By Abang Hirata Leave a Comment

408
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI baru saja memperkenalkan barisan model 2021 seperti SuperSport 950 S, Panigale V4 dan V4 S. SuperSport 950 pernah kami paparkan sebelum ini, manakala Panigale V4 dan V4 S (2021) pula dipertingkatkan mengikut regulasi emisi Euro5 dan pada masa sama mengekalkan berat, kuasa maksimum dan tork.

Pakej elektronik Panigale V4 (2021) terdiri daripada Kawalan Traksi Ducati (DTC) dan DTC EVO 3 dengan elemen daripada divisyen perlumbaan Ducati Corse.

BACA >>> Ducati SuperSport 950 (2021) Lancar, Rupa Lebih Agresif, Pakej Elektronik Dinaik Taraf

Tetapan Mod Tunggangan juga berbeza yang mana Mod Tunggangan Lumba dipisahkan kepada dua pemetaaan dengan membolehkan penunggang mempunyai dua konfigurasi berbeza mengikut litar dan gaya tunggangan peribadi.

Selain kemaskini Panigale, Ducati ada satu lagi buah tangan menarik iaitu model baharu Panigale V4 SP (2021).

Pengenalan model ini menandakan kembalinya model SP atau Sport Production yang bersejarah seperti Ducati 888. Antara keistimewaan Panigale V4 SP (2021) ialah setiap unit diberikan nombor khas yang diukir pada kepala stereng.

Model ini kekal dengan enjin 1,103cc Desmosedici Stradale dengan output kuasa 214hp, dan tork 124Nm, manakala berat kering 173kg. Ada Beberapa komponen Superleggera V4 digunaKAN seperti rim karbon, kaliper brek, master silinder, klac kering dan saiz rantai sama (520).

BACA >>> Ducati Panigale V4, V4 S dan V2 (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k

Penggunaan rim karbon lima jejari membantu mengurangkan berat, iaitu 1.4kg lebih ringan berbanding rim aluminium tempa Panigale V4 S. Rim tersebut turut mengurangkan inersia oleng yang menjadikan jentera lebih lincah dan ringan apabila menukar laluan.

Brek depan Brembo Stylema R memberikan kuasa pembrekan tinggi dan juga prestasi konsisten dalam tempoh lama tanpa mengubah pelarasan pada tuas brek. Kaliper diaktifkan pam radial Brembo MCS yang membolehkan pelarasan pantas dibuatmengikut keperluan penunggang.

Enjin Desmosedici Stradale SP menggunakan klac kering yang menjadikan jentera ini lebih efektif di trek dalam  tunggangan berprestasi dan dipadankan pacuan akhir dengan rantai 520 lebih ringan berbanding Panigale V4S. Peg kaki Rizoma boleh dilaraskan sepenuhnya mengikut kesesuaian setiap penunggang selain memaksimumkan jarak kelegaan bumi ketika di litar.

Motosikal ini turut dilengkapi kit lumba untuk litar dengan penutup cermin sisi aluminium, pemegang nombor pendaftaran dan gad klac. Grafik Panigale V4 SP (2021) dipengaruhi unit jentera uji MotoGP musim sejuk MotoGP dan pasukan superbike yang digayakan semula divisyen rekabentuk Ducati Style Centre.

Ducati Panigale V4 SP 2021.20
Ducati Panigale V4 SP 2021.14
Ducati Panigale V4 SP 2021.13
Ducati Panigale V4 SP 2021.15

Tangki minyak jenis aluminium dedah, fairing disembur cat hitam kusam dengan akses merah floresen dan komponen karbon seperti madgad depan dan sayap. Juga dilengkapi Penganalisis Data dan modul navigasi GPS.

JIka Panigale V4 and V4 S boleh didapati bermula Disember depan, Panigale V4 SP (2021) pula lebih lewat, iaitu bermula Mac 2021.

BACA >>> UK Perkenal Ducati Streetfighter V4 S (2021) 'Dark Stealth', Harga RM110k

Ducati Panigale V4 SP 2021.01
Ducati Panigale V4 SP 2021.02
Ducati Panigale V4 S 2021
Ducati Panigale V4 S 2021
Ducati Panigale V4 SP 2021.04
Ducati Panigale V4 SP 2021.05
Ducati Panigale V4 SP 2021.06
Ducati Panigale V4 SP 2021.07
Ducati Panigale V4 SP 2021.08
Ducati Panigale V4 SP 2021.09
Ducati Panigale V4 SP 2021.10
Ducati Panigale V4 SP 2021.11
Ducati Panigale V4 SP 2021.12
Ducati Panigale V4 SP 2021.13
Ducati Panigale V4 SP 2021.14
Ducati Panigale V4 SP 2021.15
Ducati Panigale V4 SP 2021.16
Ducati Panigale V4 SP 2021.17
Ducati Panigale V4 SP 2021.18
Ducati Panigale V4 SP 2021.19
Ducati Panigale V4 SP 2021.20
Ducati Panigale V4 SP 2021.21
Ducati Panigale V4 SP 2021.22
Ducati Panigale V4 SP 2021.23
Ducati Panigale V4 SP 2021.24
Ducati Panigale V4 SP 2021.25
Ducati Panigale V4 SP 2021.26
Ducati Panigale V4 SP 2021.27
Ducati Panigale V4 SP 2021.28
Ducati Panigale V4 SP 2021.29
Ducati Panigale V4 SP 2021.30
Ducati Panigale V4 SP 2021.31

Artikel Berkaitan

408
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Corse, Ducati Panigale, Ducati Panigale SP (2021), Ducati Panigale V4, Ducati Panigale V4 S, Ducati Panigale V4 SP, Panigale, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
    #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
  • #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
    #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
  • WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
    WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
  • Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je...
    Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je...

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my