• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Ducati SuperSport 950 (2021) Lancar, Rupa Lebih Agresif, Pakej Elektronik Dinaik Taraf

Ducati SuperSport 950 (2021) Lancar, Rupa Lebih Agresif, Pakej Elektronik Dinaik Taraf

November 19, 2020 By Aryon Leave a Comment

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUCATI mendedahkan SuperSport 950 (2021) sempena pengenalan barisan model baharu jenama itu menjelang 2021. Perubahan paling signifikan dapat dilihat pada rekabentuk yang kini memiliki ciri ventilator dan skup udara untuk aliran udara lebih baik.

Rupa depan juga kini lebih agresif dengan ciri lampu LED yang membuatkan superbike itu mirip seakan Panigale. Fairing bawah menutup penuh bawah enjin dan bersambung dengan unit dwi-ekzos untuk penampilan lebih bersih.

BACA >>> Ducati Panigale V4, V4 S dan V2 (2020) Lancar di Malaysia, Harga Mula RM109k

Selain aspek luaran, Ducati turut melengkapkan Supersport 950 (2021) baharu dengan unit pengurusan inersia (IMU) 6-paksi yang berfungsi memantau sudut pengendalian jentera, termasuk ciri ABS Selekoh, Kawalan Traksi dan Kawalan Wheelie.

Disediakan juga tiga mod tunggangan: Sport, Touring dan Urban berserta ciri anjakan gear lancar Quickshifter  Tidak dilupakan paparan TFT 4.3 inci sebagai sebahagian kemas kini 2021.

Bahagian trenkuasa dijana enjin 937cc Testatstretta L-twin yang kini patuh Euro5, tetapi memiliki output kuasa sama, 110hp, dan turut terdapat dalam varian lesen A2 untuk penunggang .

SuperSport 950
SuperSport 950 S (Arctic White)
SuperSport 950 S (Ducati Red)

SuperSport 950 (2021) juga ditawarkan dalam versi S yang ditawarkan dalam dua warna: Ducati Red (merah) dan Arctic White (putih) yang dipasangkan suspensi Öhlins boleh laras sebagai ciri standard. Ducati Malaysia dijangka membawa masuk model ini untuk pasaran Malaysia tahun depan.

Harga belum diumumkan.

BACA >>> Ducati SuperSport (2019) Perkenal Warna Baharu Julai Ini

ducati-supersport-s-2021-1
ducati-supersport-s-2021-7
ducati-supersport-s-2021-10
ducati-supersport-s-2021-9
ducati-supersport-s-2021-17
ducati-supersport-s-2021-3
ducati-supersport-s-2021-22
ducati-supersport-s-2021-4
ducati-supersport-s-2021-27
ducati-supersport-s-2021-20
ducati-supersport-s-2021-16
SuperSport 950
SuperSport 950
ducati-supersport-s-2021-15
ducati-supersport-s-2021-26
SuperSport 950 S (Arctic White)
SuperSport 950 S (Arctic White)
ducati-supersport-s-2021-11
ducati-supersport-s-2021-6
ducati-supersport-s-2021-12
ducati-supersport-s-2021-13
ducati-supersport-s-2021-8
ducati-supersport-s-2021-2
ducati-supersport-s-2021-5
ducati-supersport-s-2021-23
ducati-supersport-s-2021-14
ducati-supersport-s-2021-18
ducati-supersport-s-2021-21
ducati-supersport-s-2021-25

Artikel Berkaitan

185
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Ducati, Ducati Supersport 950 (2021), roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
    #Spyshot: Supermoped Modenas Dikesan Lagi, Apa Pula Cerita Kali Ini?
  • #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
    #SembangDeras: Buruk Sangat ke Rekabentuk Motosikal Modenas?
  • WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
    WMoto Xtreme 150i (2021) - Skuter Advencer Moden, Ada Fork USD, Harga Bawah RM10k!
  • Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je...
    Kanak-Kanak Ini Tengok F1 Secara Langsung dari Belakang Rumah Je...

PANDU UJI

#PanduUji: Perodua Ativa X - Ringkas dan Seronok Walaupun Stereng ‘Berhantu’

APA rasa memandu sebuah Perodua Ativa (2021)? Bagi saya, memang … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my