Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian
Auto Terkini

Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

Han OthmanBy Han Othman21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Puspakom lancar insurans dalam talian

SELEPAS lebih 30 tahun menjadi pakar pemeriksaan kenderaan, Puspakom kini mahu menjadi pusat sehenti (one-stop centre) digital untuk pemilik kenderaan di Malaysia.

Puspakom kini rasmi melancarkan GiCheck Lindung-i, platform insurans motor digital bersepadu yang membolehkan anda memeriksa kereta dan terus membeli insurans dalam talian.

Langkah itu adalah fasa seterusnya selepas Puspakom melancarkan platform agregator GiCheck pada Januari 2026 dan aplikasi mobil pada 9 Februari lalu. Jika sebelum ini GiCheck menumpukan kepada tempahan pemeriksaan, kini dipeluas terus ke sektor insurans.

Apakah ‘GiCheck Lindung-i’?

Logo GiCheck Lindung-i

Secara ringkas, ini ialah hab insurans dalam ekosistem Puspakom, yang mana anda tidak perlu lagi membuka lima hingga enam laman web berbeza untuk membandingkan harga insurans selepas membuat pemeriksaan.

Melalui GiCheck Lindung-i, pengguna boleh:

  • Banding dan Beli Terus: Akses, banding dan beli polisi insurans motor secara masa nyata
  • Pilihan Lengkap: Bagi kereta persendirian, ada pilihan Komprehensif dan Pihak Ketiga, Kebakaran dan Kecurian (3rd Party Fire & Theft). Motosikal pula, ada Komprehensif dan Pihak Ketiga
  • Harga Telus: Boleh pilih perlindungan tambahan berdasarkan nilai pasaran kereta anda
  • Polisi Segera: Bayaran menggunakan sistem FPX melalui SenangPay, dan polisi digital terus dikeluarkan. Tidak perlu lagi menunggu ejen

Logo Zurich Takaful

Sebagai permulaan, Puspakom bekerjasama dengan Zurich General Takaful Malaysia Berhad sebagai rakan insurans utama.

Puspakom mengesahkan beberapa lagi syarikat insurans terkemuka akan menyertai platform tersebut tidak lama lagi untuk memberikan lebih banyak pilihan kompetitif kepada pengguna.

Visi Lebih Besar: dari Pemeriksaan ke Ekosistem Pemilikan

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, ini bukan sekadar tambahan perkhidmatan baharu.

GiCheck Lindung-i mencerminkan komitmen berterusan kami untuk menambah baik pengalaman pelanggan melalui integrasi perkhidmatan berkaitan kenderaan dalam satu platform digital lancar.

“Kami bukan lagi sekadar pusat pemeriksaan, sebaliknya rakan kepada pengguna sepanjang kitaran pemilikan kenderaan,” katanya.

Malah, Puspakom sudah merancang lebih jauh. Selepas insurans motor, beberapa tambahan produk lain seperti insurans perjalanan, insurans rumah/kebakaran dan insurans kemalangan diri.

Paling dinantikan, Puspakom turut merancang menambah ciri pembaharuan cukai jalan terus dalam GiCheck Lindung-i pada masa akan datang, tertakluk kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pelancaran Siap Ada Hadiah Hot Wheels Percuma!

100 pelanggan terawal GiCheck Lindung-i akan mendapat Hot Wheels Monster Trucks percuma
100 pelanggan terawal GiCheck Lindung-i akan mendapat Hot Wheels Monster Trucks percuma

Sempena pelancaran, Puspakom berkolaborasi dengan Mattel, yang mana 100 pelanggan terawal membeli insurans motor melalui GiCheck Lindung-i, anda akan menerima hadiah eksklusif Hot Wheels Monster Trucks die-cast secara percuma.

Puspakom juga memaklumkan lebih banyak hadiah akan diperkenalkan sepanjang tempoh kempen promosi.

GiCheck Lindung-i kini sudah boleh diakses seluruh negara melalui portal web rasmi di https://gichecklindung-i.com/

Dengan langkah itu, Puspakom secara rasmi berubah daripada sekadar ‘tempat pergi untuk tukar hak milik’ kepada hab digital pemilikan kenderaan. Sebagai pengguna, ini bermakna kurang kerumitan, lebih telus, dan semua di hujung jari.

Adakah anda sudah mencuba GiCheck Lindung-i? Apa kata kongsikan pengalaman anda dengan kami dan pembaca semua.

Auto Terkini beli insurans PUSPAKOM GiCheck GiCheck Lindung-i Hot Wheels percuma insurans kereta online insurans motor online Mahmood Razak Bahman PUSPAKOM Zurich Takaful
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Der neue elektrische Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+. Exterieur Farbe: Aqua-Mint Uni Interior Polster: ARTICO/Microcut schwarz Energieverbrauch kombiniert: 19,6‒17,4 kWh/100 km | CO₂-Emissionen kombiniert: 0 g/km | CO₂-Klasse: A Die Angaben sind vorläufig. Es liegen bislang weder bestätigte Werte von einer amtlich anerkannten Prüforganisation noch eine EG-Typgenehmigung noch eine Konformitätsbescheinigung mit amtlichen Werten vor. Abweichungen zwischen den Angaben und den amtlichen Werten sind möglich. The new Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ electric. Exterior color: Aqua-mint non-metallic Interior: ARTICO Microcut Black Energy consumption combined: 19.6–17.4 kWh/100 km | Combined CO₂ emissions: 0 g/km | CO₂ class: A The figures are provisional. To date, there are no confirmed figures from an officially recognised testing organisation, nor is there an EC type-approval or a certificate of conformity containing official figures. There may be discrepancies between the figures provided and the official figures.
Auto Terkini

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV 680hp, 1,759Nm, 0-100km/j 2.7s, Lebih 670km

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.