Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam15/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PEMIMPIN negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerima sebuah limousin mewah Aurus Senat ketika lawatan rasmi ke Persekutuan Rusia baru-baru ini.

Penerimaan kenderaan eksklusif itu bukan sekadar hadiah biasa, tetapi turut membawa simbol hubungan diplomatik erat antara Malaysia dan Rusia yang semakin kukuh.

Bukan Kereta Biasa, Ini Jentera VVIP Rusia

Aurus Senat bukan model yang mudah dilihat di jalan raya biasa. Jenama tersebut terkenal sebagai kenderaan rasmi golongan elit dan pemimpin tertinggi Rusia termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Malah, model itu juga jarang dipasarkan ke luar negara kerana pengeluarannya lebih tertumpu kepada kegunaan rasmi kerajaan dan kenamaan tertentu.

Dari segi imej, Aurus Senat sering dianggap sebagai jawapan Rusia kepada limousin ultra mewah dari Eropah seperti Rolls-Royce dan Mercedes-Maybach.

Sarat Teknologi, Tahap Keselamatan Tinggi

Selain tampil dengan rekaan premium dan kabin mewah, Aurus Senat turut dibangunkan dengan pelbagai teknologi moden serta ciri keselamatan bertaraf tinggi.

Kenderaan itu direka khusus untuk memberi keselesaan maksimum kepada penumpang penting negara selain menawarkan tahap perlindungan tinggi ketika menghadiri urusan rasmi dan diplomatik.

Majlis penyerahan limousin berkenaan berlangsung di Muzium Garaj Khas di Moscow, lokasi yang menempatkan pelbagai koleksi kenderaan bersejarah dan eksklusif Rusia.

Agong Disambut Pegawai Tertinggi Rusia

Ketibaan Seri Paduka Baginda di muzium tersebut disambut beberapa pegawai kanan Rusia termasuk Timbalan Menteri Pertama Industri dan Perdagangan Persekutuan Rusia, Kirill Alekseevich Lysogorsky.

Turut hadir ialah Pengarah Muzium, Belikov AV serta Ketua Pegawai Eksekutif NAMI, Nazarov FL.
Dalam lawatan sama, Baginda turut diberikan taklimat khas mengenai koleksi pameran muzium yang menghimpunkan lebih 50 model kereta dan motosikal unik serta sukar ditemui.

Aurus Semakin Dikenali Dalam Dunia Automotif Global

Walaupun masih baharu berbanding jenama mewah Eropah lain, Aurus kini semakin mendapat perhatian dunia automotif kerana identitinya yang eksklusif dan penuh imej kenegaraan.

Model Senat menjadi produk paling terkenal jenama itu dengan gabungan elemen kemewahan, teknologi moden dan aura rasmi pemimpin negara.

Untuk rekod, Aurus Senat menggunakan enjin V8 turbo hibrid berkuasa sekitar 590HP dengan tork melebihi 880Nm, dipadankan sistem pacuan semua roda bagi memberikan prestasi lancar walaupun berbadan besar.

Gabungan imej eksklusif dan nilai diplomatik menjadikan penyerahan Aurus Senat kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai satu momen cukup istimewa dalam hubungan Malaysia-Rusia.

SUMBER: FB Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Aurus Senat enjin V8 turbo hibrid Jentera VVIP Rusia KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mercedes-Maybach Moscow Presiden Rusia Rolls-Royce Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Vladimir Putin
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Bontu Masuk Eropah, Lagi Syarikat dari China, Tawar Kuadrisikal EV

    15/06/2026
    Auto Terkini

    Nissan Z 2027: Nostalgia 240Z dan 300ZX Kembali

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Hyundai Stargazer Rasmi Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Mula RM99k!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.