• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Lancar Yamaha MT-03 (2021) Edisi Khas, Jual 200 Unit Sahaja, Harga RM21.4k

Thailand Lancar Yamaha MT-03 (2021) Edisi Khas, Jual 200 Unit Sahaja, Harga RM21.4k

December 10, 2020 By Aryon Leave a Comment

11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA Thailand melancarkan MT-03 (2021) edisi khas dalam jumlah terhad sebanyak 200 unit sahaja pada harga 158,524 baht (RM21,400).

Seperti MT-03 (2020) edisi Eropah dengan rekabentuk mirip MT-25, model MT-03 ini ditawarkan dalam warna spesial, Gray & White, Ice Flou Red, Icon Blue Blue dan Midnight Black.

Model naked bike ini dilengkapkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan mengekalkan trenkuasa 321cc, sekali gus melengkapkan barisan famili siri MT sedia ada, terdiri daripada MT-125, MT-15, MT-03, MT-09 dan MT-10.

MT-03 dijana enjin daripada model R3 yang lebih berkuasa, 4-lejang 4-injap 321cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 42hp @ 10,750rpm dan tork 29.6Nm @ 9,000Nm (MT-25: kuasa 35.5hp @ 12,000rpm, tork 23.6Nm @ 10,000rpm), manakala transmisi jenis klac manual 6-kelajuan.

MT-03 memiliki diameter silinder lebih besar daripada MT-25, tetapi saiz lejang sama, manakala nisbah mampatan 11.2:1. Saiz tayar depan 110/70-17, dan tayar belakang 140/70-17 yang kedua-duanya jenis tiubles.

Ciri lain MT-03 ialah dwi-lampu LED tipis seperti mata yang diposisikan atas lampu utama di tengah panel kepala. Sosok badan direka maskular yang memberikan profil maskulin dan agresif.

Berat jentera ini ialah 168kg, manakala tinggi pelana 780mm dengan lampu belakang LED baharu mirip R3. Kluster instrumen juga direka baharu. Kapasiti tangki mampu mengisi 14 liter petrol. Kapasiti minyak enjin 2.4 liter, menggantikan 1.8 liter pada model lama. Purata penjimatan bahan api ialah 26.2km per liter.

BACA >>> Yamaha MT-15 Sudah Ada di Kedai, Harga (Cadangan) RM11,988!
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha MT-25 daripada Standard ke Retro Moden

yamaha-mt-03-2021-thailand-3
yamaha-mt-03-2021-thailand-10
yamaha-mt-03-2021-thailand-16
yamaha-mt-03-2021-thailand-5
yamaha-mt-03-2021-thailand-8
yamaha-mt-03-2021-thailand-11
yamaha-mt-03-2021-thailand-1
yamaha-mt-03-2021-thailand-7
yamaha-mt-03-2021-thailand-2
yamaha-mt-03-2021-thailand-17
yamaha-mt-03-2021-thailand-4
yamaha-mt-03-2021-thailand-6
yamaha-mt-03-2021-thailand-9
yamaha-mt-03-2021-thailand-12
yamaha-mt-03-2021-thailand-13
yamaha-mt-03-2021-thailand-14
yamaha-mt-03-2021-thailand-15
11
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Advencer, adventure bike, naked bike, roda2, Yamaha, Yamaha Motor Thailand, Yamaha Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
  • #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 7+1 Jenis dan Konfigurasi Enjin Motosikal Moden yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: Perlukah Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Bergerak?
    #TahukahAnda: Perlukah Panaskan Enjin Kereta Setiap Kali Sebelum Bergerak?
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my