Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»HEV»Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

SyafieBy Syafie20/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PASARAN pikap tempatan bakal menerima pencabar baharu apabila Foton Malaysia secara rasmi melancarkan untuk dua model terkini, iaitu Foton Tunland V7 dan Tunland V9 yang tampil dengan rekaan moden, enjin diesel mild hybrid serta pelbagai ciri premium dan teknologi keselamatan terkini.

Kedua-dua model itu dijangka menjadi antara pilihan menarik dalam segmen pikap gaya hidup menerusi gabungan prestasi, keselesaan dan kemampuan off-road.

Harga Foton Tunland V7, V9

Berdasarkan maklumat awal, harga anggaran bagi kedua-dua model adalah seperti berikut:

  • Tunland V7 – RM123,800
  • Tunland V9 – RM143,800

Enjin Diesel 2.0L + Sistem Mild Hybrid 48V

Tunland V7
Tunland V9

Tunland V7 dan V9 menggunakan enjin diesel 2.0 liter turbo empat silinder yang dipadankan bersama sistem mild hybrid 48V.

Gabungan itu menghasilkan kuasa 163PS dan tork maksimum 450Nm, manakala transmisi digunakan adalah automatik lapan kelajuan dengan sistem pacuan empat roda (4×4).

Selain itu, kedua-dua model turut menawarkan beberapa mod pemanduan termasuk:

  • ECO
  • SPORT
  • NORMAL
  • SAND
  • MUD
  • SNOW

Dari segi penggunaan bahan api, Foton mendakwa bacaan sekitar 8.0L/100km.

Rekaan Premium, Lebih Moden

Tunland V7
Tunland V9

Secara keseluruhan, Tunland V7 tampil dengan imej lebih rugged dan praktikal, manakala Tunland V9 pula diberikan sentuhan lebih premium dan elegan.

Antara perbezaan ketara V9 adalah penggunaan:

  • Lampu Bi-Beam LED
  • Stereng kuasa elektronik
  • Sunroof
  • Rak bumbung
  • Sistem kamera panoramik 360 darjah

Kedua-dua model menggunakan rim aloi 18 inci bersama brek cakera ventilasi depan dan belakang.

Kabin Lengkap Dengan Skrin 14.6 Inci

Tunland V7
Tunland V9

Bahagian dalaman pula tampil moden dengan penggunaan:

  • Paparan meter digital 12.3 inci
  • Skrin infotainmen 14.6 inci
  • Sokongan Apple CarPlay
  • Sistem tanpa kunci
  • Butang tekan mula

V9 menerima tambahan ciri seperti:

  • Tempat duduk larasan elektrik
  • Fungsi memori tempat duduk
  • Pendingin hawa dua zon automatik
  • Cermin pandang belakang auto-dimming

ADAS, Sistem Keselamatan Lengkap

Bagi aspek keselamatan, Tunland V9 dilengkapi pakej bantuan pemandu termaju (ADAS) yang merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Autonomous Emergency Braking (AEB)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)

Selain itu, model V9 turut menerima enam beg udara berbanding dua beg udara pada V7.

Kapasiti Tunda Sehingga 3.5 Tan

Tunland V7
Tunland V9
Tunland V9

Kedua-dua model menawarkan kapasiti tunda maksimum sehingga 3,500kg selain ruang kargo belakang bersaiz 1,577mm panjang.

Dengan spesifikasi ditawarkan serta harga lebih kompetitif, Tunland V7 dan V9 dijangka memberi saingan kepada model popular lain dalam segmen pikap di Malaysia.

Tawaran Menarik Bagi Tempahan Awal

Bagi tempahan awal untuk 888 unit, Foton akan memberikan rebat sebanyak RM2,000 dan servis penyelenggaran percuma selama dua tahun.

Tawaran ini akan diberikan bagi mana-mana diantara dua model Foton Tunland.

Foton Tunland V7

Tunland V7
Tunland V7
Tunland V7
Tunland V7

Foton Tunland V9

Tunland V9
Tunland V9
Tunland V9
Tunland V9
Tunland V9
4x4 Auto Terkini Foton Foton Tunland V7 Foton Tunland V9 pikap trak
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    03/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.