• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Sambut Ulang Tahun ke-75 dengan Superveloce 75 Anniversario Edisi Terhad

MV Agusta Sambut Ulang Tahun ke-75 dengan Superveloce 75 Anniversario Edisi Terhad

November 15, 2020 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


MV AGUSTA merainkan ulang tahun ke-75 tahun ini dengan mendedahkan model edisi terhad Superveloce 75 Anniversario yang dikeluarkan 75 unit sahaja dan cuma akan dijual dalam masa 75 jam bermula 6 petang, 14 November lalu (semalam).

BACA >>> Sportbike Klasik Moden, MV Agusta Superveloce 800 Lancar, Harga Mula RM93k

mv-agusta-superveloce-75-anniversario-11
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-3
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-4

Superveloce 75 Anniversario ini menampilkan seragam khas dalam kemasan triwarna bendera Itali pada fairing, rim emas, pelana Alcantara merah, plat aluminium bernombor pada kepala stereng dan komponen titanium untuk injap ekzos dan ambilan. Aspek prestasi, pemilik akan mendapat unit enjin yang ditala semula, dan ekzos  Arrow yang hanya boleh digunakan untuk tunggangan dalam trek.

mv-agusta-superveloce-75-anniversario-5
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-10
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-1

Trenkuasa sama seperti Superveloce 800, dijana enjin 4-lejang 12-injap 3-silinder sebaris 798cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 148hp @ 13,000rpm dan tork 88Nm @ 10,600rpm, manakala transmisi jenis klac basah manual 6-kelajuan.

Sistem transmisi menggunakan fork terbalik (USD) dengan spring prabeban Marzocchi di depan dan monoshock Sachs dan spring prabeban. Rim jenis aloi aluminium  dan tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa II 120/70 - ZR 17 M/C (58 W) di depan dan Pirelli Diablo Rosso Corsa II 180/55 - ZR 17 M/C (73 W) di belakang.

Sistem henti mengambil khidmat dwi-cakera apung 320mm dengan kaliper monoblok radial 4-piston Brembo di depan dan cakera 220mm dengan kaliper 2-piston Brembo di belakang. Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) daripada unit Bosch 9 Plus dengan mod Race dan Mitigasi Angkat Roda Depan (RLM).

Pakej elektronik terdiri daripada sistem kawalan traksi 8-tahap, Quick Shifter dua hala, dan kawalan jelajah. Juga diberikan junit pemuka dengan paparan warna TFT 5 inci dengan Bluetooth, sistem navigasi (GPS) dan aplikasi navigasi App MVride dan penutup tangki dengan tali kulit. Tinggi pelana ialah 830mm, manakala kapasiti tangki 16.5 liter.

Tempahan masih lagi berjalan di laman web rasmi MV Agusta pada harga €100 (RM490), manakala harga motosikal bermula €25,000 (RM122,010). Berminat? Klik SINI sementara masa dan stok masih ada!

BACA >>> MV Agusta Lancar Brutale, Dragster 800 RR SCS (2020) dengan Sistem Klac Pintar

mv-agusta-superveloce-75-anniversario-1
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-12
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-9
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-7
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-6
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-2
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-8
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-3
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-4
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-5
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-10
mv-agusta-superveloce-75-anniversario-11
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Agusta Superveloce 75 Anniversario, MV Agusta Superveloce 800, roda2, Roda4, Sportbike Klasik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my