Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi
Auto Terkini

Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2

JENAMA tempatan, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) terus mempeluas langkah dalam segmen mobiliti hijau menerusi pengenalan siri skuter elektrik MEV di Malaysia.

Menariknya, Langkawi kini menjadi antara lokasi terawal dipilih sebagai tapak ujian pilot (pilot test) bagi melihat keberkesanan penggunaan skuter elektrik dalam industri pelancongan tempatan.

Honeyzone Langkawi Jadi Rakan Ujian

Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2

Bagi menjayakan inisiatif tersebut, Modenas bekerjasama dengan perniagaan sewa motosikal tempatan, Honeyzone Langkawi sebagai operator awal penyewaan skuter elektrik kepada pelancong.

Langkah itu dilihat sebagai usaha menilai sejauh mana penerimaan pengguna terhadap motosikal elektrik, terutama dalam kawasan pelancongan popular seperti Langkawi yang sememangnya terkenal dengan aktiviti sewa motosikal.

Selain membantu mengurangkan pencemaran bunyi dan pelepasan karbon, penggunaan skuter elektrik juga dilihat lebih praktikal untuk perjalanan santai sekitar pulau.

Fokus Mobiliti Hijau untuk Pelancong

Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2

Melalui program perintis itu, pelancong berpeluang merasai sendiri pengalaman menunggang skuter elektrik ketika menjelajah destinasi menarik di Langkawi.

Dengan karakter tunggangan lebih senyap dan lancar, model elektrik seperti siri MEV dijangka mampu memberikan pengalaman berbeza berbanding motosikal petrol konvensional.

Modenas sebelum ini turut aktif memperkenalkan skuter elektrik dalam sektor logistik dan penghantaran, termasuk kerjasama bersama Pos Malaysia Berhad menerusi penggunaan model MEV-1 Pro.

Pendekatan di Langkawi pula dilihat lebih menumpukan kepada sektor pelancongan dan penggunaan harian pengguna biasa.

Siri MEV Jadi Taruhan Baharu Modenas

Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2

Ketika pameram Malaysia Autoshow 2025, Modenas memperkenalkan siri MEV sebagai antara fokus utama jenama itu dalam segmen mobiliti elektrik tempatan.

Antara model diperkenalkan ialah MEV-1 Pro dan MEV-2 yang dibangunkan untuk kegunaan urban dan operasi harian.

Model MEV-2 menggunakan motor elektrik berkuasa sekitar 6.8hp dengan kelajuan maksimum mencecah 80kmj dan jarak perjalanan sehingga 107km bagi sekali cas penuh. Model itu turut menggunakan bateri lithium 74V 30Ah dengan sokongan pengecasan pantas (DC) sekitar 3.5 jam untuk satu bateri.

MEV-2 juga tampil dengan sistem brek konbi (CBS), lampu LED penuh, panel meter digital dan rekaan roda tinggi yang lebih sesuai untuk tunggangan bandar serta kawasan pelancongan seperti Langkawi.

Rekabentuk lantai rata, posisi tunggangan santai dan kos operasi lebih rendah menjadi antara faktor yang membuatkan skuter elektrik semakin relevan untuk kegunaan bandar dan kawasan pelancongan.

Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2

Langkawi Sesuai Jadi Hab Mobiliti Elektrik?

Pemilihan Langkawi sebagai lokasi ujian bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan pulau peranginan itu mempunyai permintaan tinggi terhadap servis sewa motosikal.

Selain jarak perjalanan tidak terlalu jauh, kebanyakan pelancong di Langkawi juga lebih gemar menggunakan motosikal untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Jika projek perintis bersama Honeyzone Langkawi menunjukkan hasil positif, tidak mustahil model penyewaan skuter elektrik ini boleh dipeluas ke destinasi pelancongan lain di Malaysia.

Malah, langkah tersebut juga mampu membuka ruang baharu kepada industri penyewaan motosikal tempatan untuk bergerak ke arah penggunaan kenderaan lebih mesra alam pada masa depan.

Sebagai rekod, Modenas sebelum ini turut membawa model MEV-1 Pro ke Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali sebagai simbol perkembangan teknologi mobiliti elektrik Malaysia di pentas global.

Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
Auto Terkini Hab Mobiliti Elektrik Honeyzone Kenderaan Elektrik (EV) Langkawi Malaysia Autoshow 2025 Modenas Pelancong Pos Malaysia Berhad Rakan Ujian roda2 skuter elektrik
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun โ€“ Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    02/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    02/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.