Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026
Roda2

Suzuki GSX-8T, GSX-8TT Menang Red Dot Award 2026

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam14/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

JENAMA motosikal, SUZUKI sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila dua model street bike terbaharu, GSX-8T dan GSX-8TT berjaya memenangi anugerah berprestij Red Dot Award dalam kategori Product Design di Jerman.

Anugerah antarabangsa terkenal itu dianjurkan oleh Design Zentrum Nordrhein Westfalen dan diiktiraf sebagai antara penghormatan tertinggi dalam dunia reka bentuk produk global. Lebih menarik, kemenangan ini turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi produk pertama Suzuki yang pernah menerima pengiktirafan Red Dot Award sejak anugerah tersebut diperkenalkan pada 1955.

Rekaan Neo-Retro Jadi Tarikan Utama

Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT menerima pujian tinggi kerana berjaya menggabungkan elemen klasik motosikal legenda Suzuki dengan pendekatan rekaan moden yang lebih minimalis dan premium. Berdasarkan pelancaran rasmi di Malaysia pada Oktober 2025, harga Suzuki GSX-8T bermula dari RM59,600 manakala Suzuki GSX-8TT bermula dari RM63,600 (harga asas, tidak termasuk insurans)

Panel badan, posisi tunggangan serta identiti visual kedua-dua model itu dikatakan menampilkan keseimbangan antara gaya retro dan teknologi semasa tanpa menghilangkan karakter sporty. Menurut panel juri Red Dot Award, kedua-dua motosikal tersebut berjaya menterjemahkan elemen visual klasik ke dalam estetika moden yang lebih kemas, tersusun dan emosional.

Platform Enjin Parallel-Twin 776cc

Dari aspek prestasi, GSX-8T dan GSX-8TT dibangunkan menggunakan platform sama seperti GSX-8S dan GSX-8R. Kedua-dua model dijana enjin parallel-twin 776cc DOHC penyejukan cecair yang menghasilkan sekitar 82 hp pada 8,500 rpm dan 78 Nm tork pada 6,800 rpm.

Enjin tersebut dipadankan bersama transmisi enam kelajuan lengkap dengan Suzuki Clutch Assist System (SCAS) dan quickshifter dua hala bagi memberikan penukaran gear lebih lancar.

Karakter enjin parallel-twin Suzuki itu turut menggunakan sistem cross balancer yang membantu mengurangkan getaran tanpa menjejaskan prestasi responsif ketika tunggangan harian atau touring.

Lengkap Teknologi Suzuki Intelligent Ride System

Sebagai model moden dalam keluarga street bike Suzuki, GSX-8T dan GSX-8TT turut dilengkapi pelbagai teknologi elektronik menerusi Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S).

Antara ciri yang dijangka tersedia termasuk:

  • Suzuki Drive Mode Selector (SDMS)
  •  Traction Control System
  • Bi-directional Quickshifter
  • Ride-by-wire throttle
  • ABS dua saluran
  • Paparan TFT berwarna penuh
  • Lampu LED penuh

Gabungan teknologi tersebut memberikan keseimbangan antara prestasi sporty, keselesaan dan kawalan lebih yakin untuk pelbagai gaya tunggangan.

Suzuki Bangga Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Mengulas kemenangan tersebut, Pengarah Operasi Motosikal Suzuki, Takashi Ise berkata pihaknya berbesar hati menerima pengiktirafan berprestij itu.

Menurut beliau, GSX-8T dan GSX-8TT dibangunkan sebagai motosikal neo-retro yang menggabungkan elemen ikonik Suzuki dengan prestasi moden untuk memenuhi pelbagai gaya hidup penunggang.

Beliau turut menegaskan Suzuki akan terus menghasilkan produk yang bukan sahaja memuaskan dari segi prestasi, malah memiliki rekaan menarik sejajar slogan syarikat, “By Your Side”.

Suzuki Semakin Serius Dalam Segmen Neo-Retro

Kemenangan Red Dot Award ini memperlihatkan Suzuki kini semakin agresif dalam segmen neo-retro premium yang semakin berkembang di pasaran global.

Dengan gabungan gaya klasik, teknologi moden dan prestasi enjin parallel-twin generasi baharu, GSX-8T dan GSX-8TT dilihat berpotensi menjadi pesaing kuat kepada model neo-retro popular lain dalam kelas pertengahan.

Suzuki GSX-8T

Suzuki GSX-8TT

Design Zentrum Nordrhein Westfalen Enjin Parallel-Twin 776cc motosikal legenda Suzuki neo retro quickshifter+ Red Dot Award Suzuki Clutch Assist System (SCAS) Suzuki GSX-8T Suzuki GSX-8TT
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.