Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PHEV»Denza B8 Rasmi DIlancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800
PHEV

Denza B8 Rasmi DIlancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

SyafieBy Syafie21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DENZA Malaysia secara rasmi melancarkan Denza B8 baharu untuk pasaran tempatan sebagai SUV off-road hibrid premium pertama jenama itu di Malaysia. 

Model berkenaan tampil dengan teknologi DMO Super Hybrid, sistem kawalan casis pintar DiSUS-P dan kabin mewah premium yang menyasarkan pelanggan SUV moden berprestasi tinggi.

Denza B8 turut menjadi model pertama berasaskan teknologi DMO Super Hybrid di Malaysia dengan gabungan enjin turbo, motor elektrik dan sistem pacuan empat roda pintar (4WD).

Dua Varian – Premium dan Dynamic

Denza B8 ditawarkan dalam dua pilihan konfigurasi tempat duduk iaitu:

  • Denza B8 Premium (6 tempat duduk)
  • Denza B8 Dynamic (7 tempat duduk)

Model Premium hadir dengan kerusi kapten barisan kedua lengkap ottoman, fungsi urutan dan ventilasi, manakala varian Dynamic menawarkan konfigurasi lebih praktikal untuk keluarga besar.

Sistem DMO Super Hybrid, Kuasa 450kW

Di bawah hud, Denza B8 menggunakan enjin turbo 2.0 liter bersama dua motor elektrik dan bateri BYD Blade berkapasiti 36.8kWj.

Gabungan itu menghasilkan:

  • Kuasa gabungan: 450kW
  • Tork maksimum: 760Nm
  • Sistem pacuan: AWD pintar
  • Jarak EV penuh: 115km (NEDC)
  • Jarak pemanduan keseluruhan: 1,040km (NEDC)

Denza turut menyediakan beberapa mod pemanduan termasuk Pure EV, HEV Series dan Parallel yang diselaraskan secara automatik mengikut keadaan semasa.

Pengecasan Pantas, Siap Fungsi V2L

Dari aspek pengecasan, Denza B8 menyokong:

  • Pengecasan pantas (DC) sehingga 120kW
  • Pengecasan 30-80 peratus dalam 16 minit
  • Pengecasan biasa (AC) sehingga 11kW
  • Fungsi Vehicle-to-Load (V2L) 6.6kW

DiSUS-P – Suspensi Pintar untuk Off-Road

Denza B8 turut dilengkapi sistem DiSUS-P Intelligent Hydraulic Body Control Systemyang direka untuk meningkatkan kestabilan, keselesaan dan prestasi off-road.

Antara ciri utama:

  • Pelarasan ketinggian sehingga 140mm
  • Keupayaan meredah air sedalam 890mm
  • Sudut pendekatan: 34 darjah
  • Sudut pelepasan: 35 darjah
  • Tayar 275/55R20

Sistem itu juga membantu memberikan pemanduan lebih stabil di lebuh raya dan jalan tidak rata.

Kabin Premium dengan Sistem Audio Devialet

Masuk ke ruang kabin, Denza B8 tampil dengan susun atur berorientasikan pemandu bersama upholsteri kulit Nappa premium.

Antara kelengkapan lain termasuk:

  • Sistem audio Devialet 18 pembesar suara
  • Tempat duduk larasan elektrik
  • Fungsi ventilasi dan urutan
  • Lipatan dan pelarasan elektrik barisan kedua dan ketiga
  • Ruang but sehingga 920 liter (7 tempat duduk)

Pelanggan juga boleh memilih lima warna luaran:

  • Alpine White
  • Dawn Gold
  • Eclipse Black
  • Emerald Green
  • Nebula Silver

Waranti dan Pakej Pemilikan

Denza Malaysia turut menawarkan pakej pemilikan menyeluruh merangkumi:

  • Waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000km
  • Servis penyelenggaraan percuma 6 tahun bernilai RM10,000
  • Waranti bateri voltan tinggi 8 tahun atau 160,000km
  • Waranti unit pacuan 8 tahun atau 160,000km
  • Adapter V2L percuma bernilai RM700

Harga Denza B8 di Malaysia

Berikut harga rasmi Denza B8 (tidak termasuk insurans dan pendaftaran):

  • Denza B8 Premium (6 tempat duduk): RM458,800
  • Denza B8 Dynamic (7 tempat duduk): RM518,800

Denza B8 akan dipamerkan kepada umum bermula 22 hingga 24 Mei 2026 di Bangsar Shopping Centre, Pavilion Bukit Jalil dan beberapa pusat Denza terpilih termasuk Denza KLCC, Glenmarie, Balakong dan Penang.

Auto Terkini Denza B8 Denza Malaysia Hibrid Plug-In (PHEV) Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) SUV Off-Road Mewah
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Malaysia Terima ATR 72-600 ‘Business Class’ Pertama Di Dunia Milik Berjaya Air

    21/05/2026
    Puspakom lancar insurans dalam talian
    Auto Terkini

    Bukan Setakat Periksa Kereta, Puspakom Kini Jual Insurans Motor dalam Talian

    21/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Roda4

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik Dari EV Ke Rumah

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.