Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6
Aksesori

#BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

Abang HirataBy Abang Hirata21/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

NAMA Frontier bukan asing di pasaran tempatan dan pernah digunakan untuk SUV Nissan sebelum ini. Frontier tidak terhad kepada SUV malah lebih banyak digunakan sebagai pikap.

Nissan Frontier terbaru di Amerika Syarikat pula bukan kembar kepada Navara (sejak generasi ketiga/bermula 2021) dan dibangunkan khusus dengan enjin bersesaran besar 3.8L V6.

Terbaru, Nissan Frontier dipilih sebagai platform untuk projek Ultimate Build bagi acara Overland Expo 2026. Projek tahunan itu menggunakan Nissan Frontier PRO-4X sebagai asas sebelum diubah suai menjadi jentera overlanding lengkap untuk pengembaraan off-road dan perkhemahan jarak jauh.

Menurut Naib Presiden Perancangan Produk Nissan Amerika Syarikat dan Kanada, Marco Fioravanti, Frontier sememangnya sesuai dijadikan asas kenderaan overlanding kerana Nissan mempunyai sejarah panjang menghasilkan kenderaan lasak dan berkeupayaan off-road.

Beliau turut menjelaskan Frontier PRO-4X sudah dibina untuk kerja berat dan mampu mengharungi pelbagai permukaan mencabar terus dari kilang.

Nissan juga memaklumkan sebanyak 92 peratus Frontier yang dijual sepanjang sedekad lalu masih berada di jalan raya, sekali gus memberi keyakinan terhadap tahap ketahanan model itu.

Debut di Overland Expo West 2026

Nissan Frontier Ultimate Build akan membuat penampilan awam pertama di acara Overland Expo West yang berlangsung pada 15 hingga 17 Mei 2026 di Flagstaff, Arizona.

Selepas itu, model tersebut akan dipamerkan di beberapa lagi acara Overland Expo, perhimpunan industri automotif dan sesi pemanduan media.

Lengkap dengan aksesori overlanding

Bagi menyediakan Frontier untuk penggunaan overlanding, Overland Expo menambah pelbagai komponen aftermarket dan aksesori khas.

Antara komponen dipasang termasuk:

  • NISMO rock sliders
  • Sistem winc tugas berat
  • Lampu tambahan
  • Pop-up camper dipasang pada ruang kargo belakang
  • Pelbagai aksesori overlanding lain

Trenkuasa

Nissan Frontier menggunakan enjin petrol aspirasi natural 3.8L V6 yang menghasilkan kuasa 310hp dan tork 381Nm.

Nissan mendakwa enjin tersebut ialah enjin V6 aspirasi natural paling berkuasa dalam kelasnya. Enjin itu turut dibina di Amerika Syarikat dan menjalani ujian ketat bagi memastikan prestasi serta ketahanan dalam pelbagai situasi pemanduan.

Keupayaan off-road Frontier PRO-4X

Frontier PRO-4X dilengkapi beberapa komponen khusus untuk penggunaan off-road.

Antaranya termasuk suspensi Bilstein, plat pelindung bawah badan, rim aloi kelabu satin 17 inci dengan tulisan Lava Red dan tayar Hankook Dynapro AT2.

Model itu turut menerima diferensial belakang pengunci elektronik bagi membantu pemanduan di permukaan mencabar.

Selain itu, Frontier PRO-4X turut ditawarkan dengan sistem Intelligent Around View Monitor bersama Off-Road Mode yang boleh digunakan ketika kenderaan bergerak sehingga 19km/j.

Kredit gambar: Nissan

Nissan nissan frontier Nissan Frontier Ultimate Build
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Honda V2H Stand: Peranti Bekalkan Elektrik Dari EV Ke Rumah

    21/05/2026
    Auto Terkini

    Rakyat Malaysia Antara Yang Paling Malas Di Dunia

    21/05/2026
    Roda4

    Geely Preface TCR menang perlumbaan sulung di Misano!

    20/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    20/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.