Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Geely Preface TCR Menang Perlumbaan Sulung di Misano!
Roda4

Geely Preface TCR Menang Perlumbaan Sulung di Misano!

Abang HirataBy Abang Hirata06/06/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GEELY Group Motorsport memulakan era baharu mereka di pentas perlumbaan global dengan kemenangan bersejarah di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli menerusi Geely Preface TCR baharu.

Dalam hujung minggu perlumbaan pertamanya, Ma Qinghua menghadiahkan kemenangan sulung dalam Perlumbaan 2, sekali gus mencatatkan kejayaan penting buat Geely di FIA TCR World Tour.

Selain kemenangan tersebut, Thed Björk turut menaiki podium dalam Perlumbaan 2, manakala juara bertahan Kumho FIA TCR World Tour, Yann Ehrlacher meraih tempat ketiga dalam Perlumbaan 1.

Ma Qinghua raih kemenangan sulung Geely

Memulakan Perlumbaan 2 dari petak ketiga, Ma bermula pantas dan memotong Aurélien Comte untuk naik ke kedudukan kedua.

Aksi awal perlumbaan berlangsung sengit dengan perebutan pendahulu perlumbaan. Pada pusingan kedua, Ma melakukan gerakan agresif untuk mendahului perlumbaan sebelum diasak semula dan jatuh ke kedudukan ketiga.

Detik penentu hadir pada pusingan keenam apabila Ma berjaya memintas pelumba Honda, Jenson Brickley untuk merampas kedudukan pertama.

Ma Qinghua, Thed Björk

Selepas mendahului perlumbaan, Ma mula membina jurang selesa ke atas Hyundai Elantra N EV TCR dipandu Mikel Azcona yang akhirnya menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.

Walaupun Azcona berjaya merapatkan jurang pada penghujung perlumbaan, Ma mengawal kelebihan tersebut sehingga ke garisan penamat untuk menghadiahkan kemenangan bersejarah pertama buat Geely Motorsport Group.

Tambah menceriakan kejayaan Geely, Thed Björk bangkit dari kedudukan keenam untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga sambil memperlihatkan keupayaan Geely Preface TCR dalam pertarungan rapat.

Podium pertama Geely dalam Perlumbaan 1

Yann Ehrlacher

Geely Preface TCR turut mencipta impak dalam Perlumbaan 1 apabila Yann Ehrlacher menghadiahkan podium pertama buat Geely di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Pelumba Perancis itu memulakan perlumbaan dari petak ketiga dan kekal bersaing sepanjang perlumbaan pembukaan musim yang berlangsung selama 15 pusingan.

Selepas pemanduan tanpa kesilapan, Ehrlacher menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, hanya 1.7 saat di belakang pemenang perlumbaan.

Geely bekerjasama dengan Cyan Racing

Geely mengumumkan penyertaan mereka dalam FIA TCR World Tour pada penghujung tahun lalu.

Program perlumbaan itu dikendalikan oleh Cyan Racing dari Sweden yang sebelum ini membangunkan model perlumbaan dan jalan raya Volvo Polestar, selain bersaing dalam TCR World Tour dari 2019 hingga tahun lalu bersama sub jenama Geely, Lynk & Co.

Sepanjang tempoh tujuh tahun, Lynk & Co Cyan Racing berjaya memenangi enam kejuaraan dunia pengeluar dan tiga kejuaraan dunia pelumba dalam FIA TCR World Tour.

Geely Preface TCR berasaskan Lynk & Co 03 TCR

Setakat ini, Geely masih belum mendedahkan butiran rasmi penuh Geely Preface TCR.

Bagaimanapun, model itu dipercayai dibangunkan berasaskan Lynk & Co 03 TCR yang digunakan sebelum ini kerana kedua-dua model menggunakan platform CMA milik Volvo.

Versi jalan raya bagi Preface dan 03 menggunakan enjin 2.0 liter empat silinder turbo Drive-E keluaran Aurobay dari Sweden.

Aurobay sebahagian daripada Horse Powertrain, sebuah syarikat global yang dimiliki oleh Renault Group (45%), Geely (45%) dan Aramco (10%).

Sumber: Geely, PaulTan

Geely Preface TCR di Misano Jun 2026
Yann Ehrlacher
Geely Geely Preface Geely Preface TCR TCR
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    GWM Wey 05 Malaysia
    Autotainment

    Protected: Kenapa Hibrid Pintar GWM Hi4 Lebih Masuk Akal Berbanding Lompat Terus ke EV?

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    06/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Mazda Roadster Special Edition PS 2026 Jepun.01
    Roda4

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    By Abang Hirata29/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.