Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Sukan Permotoran»MotoGP»#MotoGP2026: Marc Marquez Dijangka Kembali Berlumba Di Mugello
MotoGP

#MotoGP2026: Marc Marquez Dijangka Kembali Berlumba Di Mugello

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam28/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PELUMBA Pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez dijangka kembali beraksi dalam saingan MotoGP hujung minggu ini di Litar Mugello, Itali selepas menjalani pembedahan susulan kecederaan kaki dan bahu.

Bagaimanapun, juara dunia enam kali kelas premier itu masih perlu menjalani pemeriksaan perubatan rasmi di litar sebelum diberikan lampu hijau untuk turun berlumba pada Grand Prix Itali.

Jalani Pembedahan Kaki, Bahu

Marquez sebelum ini mengalami patah tulang metatarsal pada kaki kanan selepas terlibat dalam kemalangan highside ketika perlumbaan Sprint di Le Mans. Dalam masa sama, pelumba Sepanyol itu turut mendedahkan dia perlu menjalani pembedahan pada bahu yang cedera akibat pelanggaran dengan Marco Bezzecchi di Indonesia musim lalu.

Menurut laporan, skru yang dipasang pada bahagian bahu tersebut dilaporkan menyentuh saraf radial, sekali gus memerlukan prosedur pembedahan tambahan dilakukan. Ducati menerusi kenyataan rasmi di media sosial memaklumkan keadaan Marquez menunjukkan perkembangan positif dan pelumba itu dijadual tiba di Mugello untuk pemeriksaan terakhir.

Perlu Lepasi Pemeriksaan Di Litar

⚠️🚨Update on @marcmarquez93

Following a positive medical check, Marc will travel to Mugello tomorrow. He is scheduled for a final trackside assessment on Thursday to secure the fit to race clearance for #ItalianGP 🇮🇹#ForzaDucati #DucatiLenovoTeam pic.twitter.com/H0YFMxUFW8

— Ducati Corse (@ducaticorse) May 26, 2026

“Selepas pemeriksaan perubatan yang positif, Marc Marquez akan ke Mugello esok. Dia dijadual menjalani penilaian terakhir di litar pada Khamis sebelum mendapat kebenaran berlumba di Grand Prix Itali,” menurut kenyataan Ducati.

Marquez terlepas aksi perlumbaan utama di Le Mans selain keseluruhan Grand Prix Catalunya termasuk sesi ujian rasmi sehari di Barcelona. Walaupun tidak beraksi dalam beberapa pusingan penting, kedudukan Marquez dalam carta kejuaraan masih belum terlalu jauh tercicir selepas pencabar utamanya turut bergelut dengan keputusan tidak konsisten.

Kedudukan Kejuaraan Masih Terbuka

Ketika ini, Marquez berada 85 mata di belakang pendahulu kejuaraan, Marco Bezzecchi, manakala Jorge Martin pula hanya dipisahkan 15 mata daripada pelumba VR46 Ducati itu.

Sebelum kemalangan di Le Mans, Marquez sempat meraih dua kemenangan Sprint musim ini, namun turut mengalami beberapa keputusan mengecewakan termasuk gagal menamatkan perlumbaan di Mandalika dan Jerez.

Mugello Antara Trek Kegemaran Ducati

Mugello juga dianggap litar yang cukup sesuai buat Ducati selepas pengeluar Itali itu mendominasi enam daripada tujuh perlumbaan utama terakhir di venue berkenaan. Musim lalu, Marquez berjaya memenangi kedua-dua perlumbaan di Mugello selepas aksi sengit menentang rakan sepasukan, Pecco Bagnaia serta adiknya, Alex Marquez.

Namun begitu, prestasi Pasukan Ducati Lenovo musim ini masih belum benar-benar meyakinkan apabila Bagnaia hanya dibezakan enam mata di depan Marquez selepas enam pusingan berlangsung. Lebih menarik, kemenangan terakhir pasukan kilang Ducati hadir pada Grand Prix Jepun Oktober tahun lalu menerusi Bagnaia.

Alex Marquez Terus Berehat

Sementara itu, Alex Marquez yang kini bersama Gresini Racing Ducati tidak akan beraksi di Mugello kerana masih dalam proses pemulihan akibat kecederaan selepas kemalangan besar di Barcelona.

Selain Alex, Fabio di Giannantonio dari VR46 Ducati turut muncul antara pelumba Ducati yang sudah meraih kemenangan Grand Prix musim ini.

SUMBER: Motorcycle News

Alex Marquez Grand Prix Catalunya Grand Prix Itali Litar Mugello Marc Marquez MotoGP Pasukan Ducati Lenovo
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Wing Hin Motorsports raih dua kemenangan, enam podium di Thailand Super Series (TSS) 2026
    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Raih Dua Kemenangan, Enam Podium di Thailand Super Series (TSS) 2026

    26/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    F1 GP Kanada 2026
    Formula Satu

    #F12026: Enam DNF, Antonelli Menang Empat Kali Berturut-Turut di GP Kanada

    25/05/2026
    Sukan Permotoran

    Wing Hin Motorsports Pertahan Gelaran GT4, Turun Dengan Empat Kereta Di TSS 2026

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.