Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Indonesia Sambut Ketibaan Honda ADV 160 (2022), Harga RM10.5k!
Roda2

Indonesia Sambut Ketibaan Honda ADV 160 (2022), Harga RM10.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/07/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


INDONESIA menerima model terbaharu Honda ADV 160 (2022) yang nampaknya menggunakan trenkuasa skuter sama seperti PCX.

Strategi ‘ulang pakai’ atau berkongsi trenkuasa Honda itu bukan isu baharu tetapi didakwa turut dilakukan untuk model skuter lain seperti Vario 160, Click 160 dan Airblade 160.

Bagaimanapun, Honda tetap melengkapkan ADV 160 dengan beberapa pembaharuan seperti memperhalusi aspek rekabentuk dan menambah beberapa ciri baharu.

Berikut perincian ADV 160 (2022):

VARIAN & HARGA

Ada dua varian dengan tawaran warna berbeza. Perbezaan ketara ialah varian teringgi didatangkan dengan rim tembaga gelap (varian ABS), manakala varian CBS dengan rim hitam.

  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) – 39,250,000 rupiah (RM11,539)
    • Warna: Tough Matte White (putih), Tough Matte Black (hitam), Tough Matte Red (merah)
  • Sistem Brek Kombi (CBS) – 36,000,000 rupiah (RM10,585)
    • Warna: Dynamic Red (merah), Dynamic Black (hitam) dan Dynamic White (putih).

PERINCIAN

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 156.9cc 4-injap eSP+ penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI, menghasilkan kuasa 15.8hp @ 8,500rpm dan tork 14.7Nm @ 6,500rpm.
  • Sekadar perbandingan, varian petrol ADV 150 mampu menghasilkan kuasa 14.34hp dan tork 13.8Nm.
  • Lampu utama LED dan lampu siang (DRL). Lampu bekalang kekal LED dengan lampu signal belok LED.
  • Visor angin boleh laras dua tahap untuk keselesaan tunggangan.
  • Panel meter digital penuh baharu dengan skrin lebih besar dan nampak lebih kukuh. Butang tetapan meter diasingkan, terletak antara bar hendal dan panel meter.
  • Paparan meter ada tambahan takometer digital dan indikator kawalan traksi HSTC.
  • Ada juga paparan voltan bateri, indikator suhu, purata penggunaan bahan api, baki bahan api, indikator penukaran minyak pelincir, tarikh, jam dan dua trip perjalanan.

BACA >>> YBHoonda PCX 150 – Skuter Klon Honda PCX 150 Di China?

  • Fork teleskopik konvensional dan sistem absober kembar. Sistem brek cakera 240mm (depan) dan 220mm (belakang).
  • Ada ciri Signal Henti Kecemasan (ESS) untuk varian ABS. Kedua-dua lampu signal belok akan berkelip serentak apabila membrek mengejut.
  • Dilengkapi teknologi Honda ISS (Sistem Henti Lahu) untuk membantu menjimatkan penggunaan bahan api ketika berhenti seketika.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal

  • Tinggi pelana 780mm, diturunkan 15mm berbanding model generasi ADV 150, manakala jarak lega bumi 165mm.
  • Tiada perubahan roda. Rim depan 14 inci (depan) dengan tayar 110/80, dan rim 13 inci di belakang dengan tayar 130/70.
  • Kapasiti tangki minyak lebih besar, 8.1 liter. Penggunaan minyak, seliter petrol mampu menawarkan jarak tunggangan hingga 45km, manakala anggaran setangki penuh 364km.
  • Ruang simpanan barang bawah pelana kini 30 liter (tambahan 2 liter).
  • Tambahan lain: sistem kunci pintar Honda (Smart Key), sistem penggera dan port pengecas USB.

BACA >>> Honda PCX Akan Ada Beg Udara Sama Seperti Gold Wing?
BACA >>> Kajian: Mencelah, Guna Laluan Laju Punca Utama Kemalangan Motosikal Bawah 250cc
BACA >>> Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman

SUMBER: Suara | TMC | TopGear

Astra Honda Indonesia Auto Terkini Honda ADV 160 (2022) Honda Indonesia roda2 skuter skuter advencer
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.