Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Vario 160 (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.5k!
Roda2

Honda Vario 160 (2022) Lancar di Indonesia, Harga Mula RM7.5k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/02/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS beberapa tahun desas-desus mengenai Honda Vario 160 (2022) kedengaran di media sosial, Astra Honda Motor (AHM) akhirnya melancarkan skuter itu di Indonesia pada harga hampir Rp30 juta (RM8,720).

Model itu diposisikan sebagai skuter premium sporty, tetapi persoalannya, adakah Vario 160 (2022) mampu diterima ramai pengguna di sana, termasuk pasaran negara lain?

BACA >>> #Spyshot: Imej Honda Vario 160 (2021) Bocor di Vietnam
BACA >>> Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA

Berikut perincian Vario 160 (2022):

VARIAN DAN HARGA

Ditawarkan dalam dua varian, iaitu:

  • Versi CBS – Rp25.8 juta (RM7,500)
  • Versi ABS – Rp28.5 juta (RM8,290)

* Harga atas jalan di Jakarta.

WARNA

  • VARIO 160 CBS: Active Black (hitam), Grande Matte Black (hitam kusam) dan Grande Matte Red (merah kusam) dengan rim aloi warna hitam
  • VARIO 160 ABS: Active Black (hitam), Grande Matte Black (hitam kusam) dan Grande White (putih) dengan rim aloi warna tembaga gelap.

TRENKUASA

  • Dipacu trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 156.9cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 15.18hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm.
  • Output kuasa 0.59hp dan tork 0.9Nm, lebih rendah daripada PCX 160.
  • Transmisi automatik CVT.

REKABENTUK

  • Rekabentuk hampir sama seperti model terdahulu, tetapi ada beberapa komponen ditambah baik untuk menampakkan model itu lebih besar.
  • Memiliki dimensi panjang 1,929mm, lebar 679mm dan tinggi 1,088mm, manakala jarak roda 1,277mm.
  • Jarak lega bumi 140mm, dan tinggi pelana 778mm.
  • Dimensi itu tidak banyak berubah berbanding produk sebelum ini, dan saiz lebar kedua-dua model masih sama.
  • Lampu depan ada beberapa kluster. Lampu utama LED diposisikan pada panel depan mirip gaya ADV150.
  • Lampu signal belok LED dipasangkan pada atas penghadang depan. Lampu brek belakang lebih minimalis seperti pesaing Yamaha Aerox.
  • Ada aksen hitam seperti visor angin, tetapi itu sebenarnya pemegang nombor plat.
  • Bar hendal masih kecil, berbentuk minimalis dengan mengekalkan sifat tipikal Vario.
  • Fender depan nampak lebar menerusi penggunaan pengadang lebih besar.
  • Lantai kaki skuter nampak lebih tinggi kerana bateri dipasangkan di bawah.
  • Lantai kaki dan panel badan tengah hadir dalam tona hitam.
  • Mufler nampak lebih besar kerana rekaan penutup ekzos baharu.
  • Ada logo Honda pada panel depan, manakala lencana Vario 160 diposisikan pada sisi badan.
  • Cermin sisi mirip PCX 160.
  • Ada pengecas USB bawa pelana untuk mengecas telefon pitar dan panel meter digital penuh.
  • Rim 14 dibalut tayar 100/80 (depan) dan  120/80 (belakang).
  • Brek depan jenis cakera dengan kaliper piston tunggal, manakala brek belakang jenis dram untuk versi CBS (sistem brek kombi). Ciri brek varian premium menggunakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
  • Fork depan masih teleskopik, manakala suspensi belakang menggunakan absorber tunggal di tepi.

BACA >>> Dua Tiga Kali Pandang Pun Tak Perasan, Honda Vario China Ini Memang Copy Ori
BACA >>> Honda PCX 160 (2021) Lancar di Thailand, Harga Mula RM12.3k
BACA >>> Yamaha Brazil Lancar Skuter NMAX 160 Spider-Man Edition (2022), Harga RM12k!

SUMBER: Autoetmagz | AHM

AHM Honda Indonesia Astra Honda Motor (AHM) Honda Indonesia Honda Vario 160 (2022) roda2 skuter Skuter 160cc Honda Yamaha Aerox
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.