Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA
Auto Terkini

Perbandingan: SYM Jet X 150 vs Honda Vario 150 vs Yamaha NVX 155 VVA

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/05/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUZUKI pernah menarik minat ramai anak muda Malaysia dengan skuter sekitar era milenia dulu menerusi tiga model legenda iaitu V100, V125 dan V150 hingga membentuk komuniti motosikal tempatan yang unik dan tersendiri.

Trend itu kemudian berkembang kepada skuter gaya sport dengan penampilan sporty dan lasak yang dicetuskan Yamaha menerusi NVX 155 sebelum disusuli lawannya Honda Vario 150. Senario itu dirancakkan lagi dengan ketibaan produk negara lain yang cuba memberikan saingan. Salah satunya SYM Jet X 150 (2021) yang baru saja memasuki pasaran Malaysia.

Mari kita perincikan perbezaan ketiga-tiga model skuter tersebut:

Yamaha NVX
Honda Vario
SYM Jet X

SPESIFIKASI

Berikut jadual spesifikasi Yamaha NVX, Honda Vario dan SYM Jet X:

Trenkuasa digunakan Vario dan Jet X boleh dikatakan tidak jauh beza dengan perbezaan kapasiti cuma 0.3cc. Apa yang berbeza, Honda menambah teknologi eSP (Enhanced Smart Power) dan Sistem Henti Lahu (Idle-Stop) untuk meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.

Yamaha BlueCore
Honda eSP

Yamaha NVX pula ada fomula penjimatan bahan api tersendiri menerusi bantuan teknologi BlueCore yang memastikan enjin kekal bekerja secara efisien. Mengenai output kuasa dan tork, NVX mendahului dua pesaing lain disebabkan teknologi injap pemasaan variabel dipanggil VVA (Variable Valve Actuation) dan lebihan kapasiti 6cc.

DIMENSI

SYM Jet X paling berat (140kg), iaitu lebih 15kg daripada Yamaha NVX (2021) versi ABS, dan 28kg untuk Vario. Alasannya mudah, fizikal Jet X lebih besar, siap dengan saiz tangki petrol besar, 7.5 liter, iaitu ekstra 2.5 liter berbanding Vario dan NVX.

Skuter Jet X dan NVX pula berkongsi jarak roda sama, tetapi skuter SYM itu memiliki jarak lega bumi paling rendah (107mm) berbanding dua model lawan, manakala tinggi pelana (780mm) lebih rendah daripada Yamaha. Bagaimanapun, pelana Vario adalah paling rendah daripada dua model tersebut, iaitu 769mm.

REKABENTUK

Persamaan ketiga-tiga model, semua bergaya sporty! (Sebab itu kami bandingkan tiga skuter tersebut).

Sebenarnya agak sukar membuat perbandingan kerana ketiga-tiga skuter memiliki bahasa rekabentuk tersendiri, terpulanglah kepada cita rasa individu. Vario dan Jet X memiliki garis badan lebih tajam, bersegi dan agresif berbanding NVX dengan fairing depan sedikit mendada.

Vario dan NVX masing-masing memiliki kepala dan bar hendal rendah sebagai rekabentuk signatur skuter sporty. Sebaliknya, Jet X tampil menampilkan gaya skuter maksi dengan bar hendal tingggi. Sistem suspensi NVX dan Jet X menggunakan dwi-absorber di belakang, manakala Vario menggunakan monoshock seperti produk kapcai moden.

Rekaan pelana ketiga-tiga skuter itu sama yang datang dalam satu unit panjang dan tidak terpisah. Bagaimanapun, dimensi dan ketebalan masih berbeza.

NILAI TAMBAH

Semua model menggunakan teknologi LED untuk set lampu depan dan belakang. Saiz rim juga sama, iaitu 14 inci walaupun profil ketebalan dan ketinggian tayar berbeza.

Yamaha NVX
Honda Vario
SYM Jet X

Mengenai sistem brek, Jet X mendahului produk Jepun dengan tawaran sistem brek jenis cakera pada kedua-dua roda dengan teknologi brek kombi (CBS). NVX dan Vario masih selesa dengan brek dram untuk roda belakang walaupun kedua-duanya lebih berkuasa daripada Jet X.

Jet X memberikan lebih nilai dengan panel meter berwarna jenis auto-malap, berbanding meter monotonVario dan NVX. Mengenai harga, Vario masih memegang ranking skuter berharga rendah berbanding NVX dan Jet X.

KESIMPULAN

Jet X sebenarnya termasuk dalam segmen skuter maksi, tetapi tidak salah juga kalau kita buat perbandingan dengan NVX dan Vario. Ini kerana model SYM itu menampilkan rekabentuk gaya sporty yang di luar gaya tipikal skuter maksi. Malah, julat harga dan sesaran enjin juga tidak jauh berbeza.

Kalau anda mahu buat perbandingan lebih tepat dalam segmen skuter maksi di pasaran tempatan buat masa ini, nantikan artikel perbandingan susulan kami nanti.

Selamat membaca!

BACA >>> MForce Perkenal Dua Varian SYM Jet X 150 (2021), Harga Mula RM8.8k!
BACA >>> HLYM Lancar Yamaha NVX (2021) Serba Baharu, Harga Mula RM8.9k!
BACA >>> Honda Vario 150 (2020) Kini Berwajah Baharu Lebih Sporty, Harga Mula RM7,499

Honda Vario 150 perbandingan Perbandingan Yamaha NVX roda2 skuter SYM Jet X 150 Yamaha NVX 155 VAA
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Honda N-BOX 2026 – Wajah N-BOX Custom lebih garang!

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026

    1 Comment

    1. Wan on 01/08/2021 07:31

      Request for top speed and fuel consumption comparison.. and schedule service to related with maintenance cost

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.