Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HLYM Lancar Yamaha NVX (2021) Serba Baharu, Harga Mula RM8.9k!
Auto Terkini

HLYM Lancar Yamaha NVX (2021) Serba Baharu, Harga Mula RM8.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju28/04/202117 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sebentar tadi melancarkan skuter advencer generasi baharu NVX (2021) serba baharu dengan trenkuasa dan ciri dipertingkat.

Ada dua varian diperkenalkan, iaitu Standard berharga RM8,998 , dan ABS (Sistem Brek Anti-Kunci), RM10,998. Ini ialah harga asas disyorkan, dan tidak termasuk insurans, cukai jalan, nombor pendaftaran dan lain-lain.

Berikut perincian NVX (2021) serba baharu:

  • Pilihan warna untuk varian Standard ialah Red (merah) dan Cyan (biru), manakala ABS hadir dengan warna Platinum SE (kelabu) dan  GP Blue (biru).
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi BlueCore dan VVA berkuasa 15.1hp @ 8,000rpm dan tork 13.9Nm @ 6,500rpm serta dipadankan transmisi automatik V-Belt.
  • HLYM mendakwa enjin NVX baharu lebih bertenaga berbanding model generasi sebelumnya. Prestasi dihasilkan trenkuasa lama ialah 14.7hp @ 8,000rpm dan tork 13.8Nm @ 6,250rpm.
  • Jika diteliti, spesifikasi enjin NVX (2021) serba baharu ini sama seperti NMAX, terutama aspek gerek dan lejang, nisbah mampatan, kuasa dan tork.

  • Skuter ini juga model pertama Malaysia dilengkapkan aplikasi Y-Connect yang membolehkan pemilik menghubungkan telefon pintar mereka dengan skuter mereka. Berikut maklumat dipaparkan pada skrin panel meter LCD digital penuh:
    • Minyak enjin dan pemeriksaan tahap bateri
    • Lokasi akhir parkir
    • Peringatan servis penyelenggaraan
    • Ranking prestasi penggunaan bahan api anda
  • Ciri sambungan aplikasi Y-Connect turut memaparkan menunjukkan maklumat seperti panggilan tidak dijawab dan notifikasi mesej daripada telefon pintar.
  • Sistem lampu menggunakan LED penuh untuk lampu utama jenis kembar dan lampu belakang bagi memberikan suluhan cahaya lebih terang. Juga disediakan soket kuasa arus terus (DC) 12v untuk mengecas peranti anda.
  • Tangki minyak kini lebih besar, 5.5 liter berbanding 4.6 liter sebelum ini. Satu isian tangki penuh membolehkan purata tunggangan sejauh 200km.
  • Sistem suspensi kekal dengan fork teleskopik di depan dan absorber kembar untuk varian Standard. Jika memilih varian ABS, pembeli akan menerima ekstra tabung absorber.
  • Bahagian roda menggunakan sistem brek cakera tunggal 230mm di depan, manakala brek belalang masih jenis dram. Hanya varian ABS dipasangkan sistem brek ABS pada roda depan.
  • Rim 14 inci dibalut tayar saiz 110/80 (depan) dan 140/70 (belakang).
  • Tinggi pelana ialah 790mm, berbeza 1mm berbanding generasi terdahulu. Panjang keseluruhan NVX berkurangan 10mm dan ketinggian dikurangkan 25mm.
  • Pembeli varian ABS menerima ciri tambahan seperti sistem kunci pintar (smart key) yang tidak memerlukan kunci fizikal, termasuk sistem Henti & Mula (Stop & Start) yang membantu meningkatkan penjimatan petrol.
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) NVX 155 ABS (2021) roda2 skuter Yamaha NVX (2021) Yamaha NVX Y-Connect
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026

    17 Comments

    1. Mrdinuncle on 02/05/2021 17:42

      Ow memang cun…nak tanya yg standard .pakai kunci biasa ke?

      Reply
    2. Abdul Halim Mohammed Kassim on 04/08/2021 01:15

      Tuan, boleh tahu berapa harga otr utk motor nvx ini. Any suggestions dimana Kita boleh beli dgn harga cash yg murah?
      Harap Tuan dpt hubungi saya melalui email yg diberikan.

      Reply
    3. nor azhar idris on 25/08/2021 10:39

      tuan, boleh tahu berapa harga otr utk motor nvx ini. Any suggestions dimana Kita boleh beli dgn harga cash yg murah?
      Harap Tuan dpt hubungi saya melalui email yg diberikan.

      Reply
    4. Muhammad riduwan bin mamat on 28/08/2021 12:36

      Nk tanye moto nvx nieh masih ade stok ke boss

      Reply
    5. Mohd Sofi on 30/08/2021 18:30

      Berminat sangat!

      Reply
    6. Ahmad on 30/08/2021 23:19

      Sy berminat motor ini. Berapa harga otr ?

      Reply
      • AO on 24/11/2021 13:28

        Baca

        Reply
    7. NEMA on 01/09/2021 13:42

      email me OTR price

      Reply
    8. Siti on 03/09/2021 17:11

      Hai..email OTR price for cash

      Reply
    9. Muhammad Syafiq Bin Roduan on 30/09/2021 11:17

      Assalamualaikum Tuan.. Harga OTR Motor standard NVX 155 warna merah berapa ya?? Dapat ke harga 8. 9k tu?? Proses kalau boleh saya mahu secepat mungkin.. Jika mudah urusan OTR harini saya submit. Apa2 email saya ya Tuan/Puan..
      Syafduan95@gmail.com

      Reply
    10. Arie on 04/10/2021 00:33

      Hai…I’m interested email me OTR price for ABS version.Tq

      Reply
    11. Azhar Nordin on 29/10/2021 10:00

      Berapa RM cash NVX ABS OTR? Warna apa ada? Di mana boleh dpt harga tunai yg murah

      Reply
    12. Nurbaiti on 18/11/2021 16:04

      gaji 1.2k lepas ka loan ? klau cash boleh ka 10 k otr ? siap no plate beli 🤭 .. tny jaa

      Reply
      • AO on 24/11/2021 12:57

        Boleh tanya kedai motor

        Reply
    13. Nur Syazwani on 13/02/2022 16:30

      Bulanann 1.8k lepass kaa untuk loan ???

      Reply
    14. Husin on 01/03/2022 23:09

      Serious buyer

      Reply
    15. Baihaqie on 21/04/2022 03:25

      Berapa RM cash NVX ABS OTR? Warna apa ada? Di mana boleh dpt harga tunai yg murah

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.