Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya
Auto Terkini

Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

Abang HirataBy Abang Hirata01/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

LYNK & CO memperkenalkan kereta konsep Gran Turismo (GT) pertamanya di Auto Beijing 2026.

Kehadiran model konsep dua pintu dengan nama Time To Shine merupakan satu pencapaian besar bagi jenama tersebut yang kini meraikan ulang tahun ke-10, sekali gus menggabungkan evolusi reka bentuk selama sedekad, pengalaman dalam sukan bermotor serta cita-cita prestasi tinggi.

Meskipun hadir sebagai sebuah model konsep, kereta ini kelihatan cantik, anggun dan menawan seperti sudah siap untuk dikeluarkan.

Rekabentuknya tidak kalah dengan kereta GT Itali, British, Jerman dan Jepun.

Rekaan Luaran Arca Cahaya

Model konsep ini membawakan perkadaran badan lebar GT klasik dengan profil yang rendah dan mantap. Reka bentuk luaran yang bertema arca cahaya (sculpted by light) ini membawakan ciri-ciri berikut:

  • Dimensi berukuran panjang 4,780 mm, lebar 2,000 mm, tinggi 1,330 mm serta jarak roda 2,750 mm.
  • Pantulan seakan halo mengalir pada sisi badan kenderaan dengan permukaan yang berubah mengikut perspektif dan pergerakan.
  • Warna Apex Blue menggunakan cat logam cecair dengan kedalaman luar biasa bagi menyerlahkan transisi tajam dan fungsi aerodinamik.
  • Aksen Spark Yellow digunakan sebagai rujukan DNA perlumbaan Lynk & Co.

Ruang Dalaman Fokus Pemandu

Kabin GT menggabungkan keselesaan dan prestasi melalui susun atur 2+2 yang luas. Suasana dalaman yang tenang dan premium dihasilkan melalui:

  • Penggunaan kulit White Digital Shimmer mewujudkan suasana yang tenang dan kemas, manakala perincian teknikal lain pula menyerlahkan lagi gaya sport kereta.
  • Kemasan gentian karbon Textreme® 360 buatan tangan di belakang tempat duduk yang berkilauan seperti cahaya bintang.
  • Bahan canggih dan sentuhan seni halus digabungkan dalam ruang kabin yang mengutamakan pemandu.

Butang + Untuk Prestasi

Antara ciri utama pada model konsep ini ialah butang fizikal + berwarna Spark Yellow pada konsol tengah yang merupakan evolusi simbol prestasi Lynk & Co.

Apabila diaktifkan, kereta akan berada dalam mod prestasi yang melibatkan perubahan teknikal:

  • Sistem suspensi direndahkan sebanyak 15 mm untuk kestabilan lebih baik.
  • Elemen aerodinamik di bahagian hadapan dan belakang memanjang sehingga menjadikan kereta lebih panjang sebanyak 100 mm.
  • Sayap belakang dibuka untuk memperbaiki aliran udara dan meningkatkan daya mendap pada kelajuan tinggi.
  • Panel instrumen dan tiga skrin digital akan dilipat untuk menghapuskan maklumat tidak penting supaya pemandu dapat fokus sepenuhnya pada pemanduan.

Trenkuasa

Lynk&Co tidak mendedahan trenkuasa secara terperinci kecuali sistem pacuan roda belakang dengan DNA casis yang diinspirasikan daripada litar lumba serta dilengkapi kawalan pergerakan kenderaan canggih yang disokong oleh casis digital berkuasa AI.

  • Pecutan 0-100 km/j dalam masa 2 saat dengan hantaran kuasa tinggi yang berterusan.
  • Susun atur tempat duduk 2+2 yang memfokuskan kepada dinamik pemanduan.
  • Sistem kawalan pergerakan kereta dipacu sepenuhnya oleh teknologi digital terkini.

Projek di Sweden, Eropah dan China

Projek ini diterajui oleh pasukan reka bentuk Lynk & Co di Sweden dengan pembangunan bersama merentasi Eropah dan China, sekali gus mencerminkan identiti global dan akar reka bentuk Scandinavia jenama tersebut.

Dalam tempoh sedekad, Lynk & Co telah membina komuniti global dengan lebih 1,76 juta pengguna serta memenangi sembilan kejuaraan dalam tujuh musim perlumbaan kereta touring tahap atasan.

Sebagai jenama yang mengutamakan pelanggan, segala maklum balas daripada orang awam dan komuniti akan digunakan bagi membantu menentukan keputusan masa hadapan berkaitan pilihan trenkuasa serta potensi pengeluaran model ini.

Spesifikasi Ringkas Lynk & Co GT Concept Time To Shine

  • Trenkuasa: Belum disahkan
  • Prestasi: Pecutan 0-100 km/j dalam 2 saat.
  • Dimensi: Panjang 4,780 mm, Lebar 2,000 mm, Tinggi 1,330 mm, Jarak roda 2,750 mm.
  • Konfigurasi: 2+2 tempat duduk, dua pintu, pacuan roda belakang.
  • Ciri Teknikal: Suspensi boleh laras 15 mm, badan memanjang 100 mm, casis digital AI.
Lynk & Co Lynk & Co GT Lynk & Co GT Concept
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.