Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!
Auto Terkini

Proton e.MAS Dominasi EV Malaysia, 51 Peratus Pegangan Pasaran, Lebih 10,500 Unit Dalam 4 Bulan!

SyafieBy Syafie30/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.

PROTON terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kenderaan elektrik (EV) tempatan menerusi jenama Proton e.MAS apabila berjaya meraih 51 peratus pegangan pasaran EV di Malaysia setakat awal 2026.

Pencapaian itu diumumkan sempena Penang Autoshow 2026 dan sekali gus meletakkan Proton sebagai jenama EV nombor satu negara dalam tempoh yang agak singkat sejak kemasukan ke segmen tersebut.

10,500 unit Terdaftar (Januari-April 2026)

Lebih menarik, Proton turut mencatatkan sebanyak 10,500 unit pendaftaran dalam tempoh hanya empat bulan, dari Januari hingga April 2026. Angka ini menunjukkan permintaan terhadap EV semakin meningkat di Malaysia, selain membuktikan strategi Proton dalam memperkenalkan model elektrik berjaya menarik perhatian pengguna tempatan.

Dari segi prestasi model, Proton turut berkongsi bahawa antara model EV mereka telah mencapai jualan sehingga 10,000 unit dan kini kekal sebagai model EV paling laris dalam pasaran tempatan.

Setakat 2026, model sama juga terus mendahului carta dengan kira-kira 8,000 unit pendaftaran, sekali gus mengukuhkan lagi dominasi Proton dalam segmen ini.

Utara Malaysia Cecah 64.2 Peratus Pegangan Pasaran

Di peringkat wilayah, Proton e.MAS turut mencatatkan prestasi memberangsangkan di kawasan utara dengan pegangan pasaran mencecah 64.2 peratus bagi Mac 2026.

Pencapaian ini melibatkan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Perak, sekali gus menunjukkan penerimaan positif terhadap EV di luar Lembah Klang.

Rangkaian Sokongan Hampir di Seluruh Malaysia

Bagi menyokong pertumbuhan ini, Proton sudah memperluaskan rangkaian sokongan dengan 51 cawangan pengedar, 39 pusat 3S dan 10 fasiliti body dan paint di seluruh negara.

Selain itu, terdapat lebih 4,300 titik pengecasan tersedia di Malaysia, termasuk lebih 620 di wilayah utara, yang membantu meningkatkan keyakinan pengguna terhadap penggunaan EV dalam kehidupan harian.

GMA Asas Proton e.MAS

Dari sudut teknologi, model Proton e.MAS dibangunkan berasaskan platform Global Modular Architecture (GMA), yang direka untuk menawarkan kecekapan tenaga lebih baik, fleksibiliti pembangunan serta tahap keselamatan dan prestasi yang lebih tinggi.

Platform ini menjadi asas penting dalam memperkukuh keupayaan Proton untuk bersaing dalam pasaran EV yang semakin berkembang.

Proton Kini di Landasan Tepat

Secara keseluruhan, prestasi Proton e.MAS menunjukkan bahawa segmen EV kini semakin berkembang pesat di Malaysia dan tidak lagi terhad kepada pasaran niche.

Dengan momentum semasa, Proton dilihat berada di landasan tepat untuk terus mengukuhkan penguasaan dalam pasaran EV tempatan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Auto Terkini Kenderaan Elektrik (EV) Proton e-MAS Proton e.MAS 5 Proton New Energy Technology (Pro-Net)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Baharu! Semua Varian Ada Pilihan Warna Jade Green

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

    30/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

    29/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei โ€“ Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    MV Agusta F3 R 2026
    Roda2

    MV Agusta F3 R 2026 dengan Pakej Prestasi, Harga Tanpa Kos Tersembunyi

    By Abang Hirata22/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.