• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman

Pakar: Standard Sistem Keselamatan Kenderaan Negara Ketinggalan Zaman

April 14, 2021 By Admin PanduLaju Leave a Comment

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PAKAR keselamatan kenderaan menggesa Kerajaan Malaysia mengemas kini standard sistem keselamatan kenderaan dalam negara kerana didapati sudah ketinggalan zaman.

Presiden Persatuan Penyiasat Kecurian Automotif Antarabangsa (IAATI) Malaysia, Alex Lye berkata, standard sedia ada mendedahkan kenderaan kepada risiko kecurian, terutama kereta moden dengan fungsi sambungan Internet.

Menurutnya, kenderaan sambungan Internet dijangka memenuhi pasaran global hingga 86 peratus menjelang 2025. Bagaimanapun, standard keselamatan negara, dikenali MS 1742 (2014), dibuat berdasarkan standard luar negara pada 2004, sekali gus menjadikan ia sangat ketinggalan zaman dan tidak relevan.

Lye berkata lagi, ciri sambungan Internet dan pandu sendiri yang mengutip banyak data menjadikan kenderaan moden sebagai sasaran utama ancaman siber. Malah, membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Tesla Model X

Di India misalnya, sebanyak 4,118 kenderaan dicuri kerana kurang ciri keselamatan sepanjang tahun lalu. Malah, ada laporan mendedahkan sebuah Tesla Model X digodam dan dicuri dalam masa beberapa minit pada November tahun sama.

Lye berpendapat, Malaysia perlu mengikut standard keselamatan siber antarabangsa untuk mengurangkan risiko kecurian kenderaan. Beliau juga menggesa supaya hal berkenaan diuruskan pasukan pakar dan bukan kalangan ahli politik. Memandangkan keselamatan siber masih baharu, Malaysia patut mencontohi negara di bawah Kesatuan Eropah (EU) seperti Jerman dan juga Jepun.

BACA >>> SUV Woods Jatuh Gaung, Genesis GV80 Raih Rating Keselamatan Tertinggi IIHS
BACA >>> FLY-3 Ini Mungkin Motosikal Elektrik Termurah Dunia

SUMBER: FreeMalaysiaToday

Related

173
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, cyber security, keselamatan siber, Malaysia, Persatuan Penyiasat Kecurian Automotif Antarabangsa (IAATI), Standard Sistem Keselamatan Kenderaan, Tesla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev