• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Click 160 (2022) Lancar di Thailand, Harga Mula RM7.9k!

Honda Click 160 (2022) Lancar di Thailand, Harga Mula RM7.9k!

April 6, 2022 By Shawkath Leave a Comment

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA menjual jutaan unit skuter di pasaran Asean setiap tahun. Malah rantau itu dianggap salah satu ‘lubuk emas’ terbesar pengeluar motosikal dari Jepun.

Perolehan atau pendapatan yang diraih di pasaran Asean digunakan untuk membangunkan lebih banyak model baharu atau memperbaharui produk sedia ada sebelum ditawarkan semula ke negara serantau.

BACA >>> Honda Filipina Lancar Skuter Click 125i dan Click 150i

Terbaharu, Honda Click 160 (2022) dilancarkan untuk pasaran Thailand sempena Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2022. Berikut perincian skuter tersebut:

WARNA
Honda Click 160 (2022) - 3
Honda Click 160 (2022) - 2
Honda Click 160 (2022) - 1
  • Standard: Ada tiga pilihan warna: hitam, hitam-putih dan merah-hitam dengan rim aloi hitam.
Honda Click 160 (2022) - 0
Honda Click 160 (2022) - 4
  • ABS: Ada dua  pilihan warna: hitam dan putih-hitam dengan rim aloi emas.
HARGA
  • Standard: 63,500 baht (RM7,970)
  • ABS: 69,900 baht (RM8,770)
SPESIFIKASI
  • Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 156.9cc SOHC eSP+ penyejukan cecair dengan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 15hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi automatik CVT.
  • Enjin direka untuk menggunakan bahan api dengan kandungan 20 peratus etanol, termasuk memenuhi syarat emisi Thailand (menyamai standard Euro4).
  • Memiliki rekabentuk baharu yang lebih besar dengan garis badan lebih tajam seakan model sportbike.

BACA >>> Honda CBR250RR (2022) Jepun Tambah Warna Serba Hitam, Harga RM29.8k!

  • Lampu utama kembar baharu dengan sistem lampu LED penuh.
  • Binaan skuter menggunakan platform Frem Arkitektur Pintar Dipertingkat (eSAF) yang lebih ringan, kuat dan berketahanan tinggi, serta turut membantu meningkatkan kecekapan pengendalian.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 7 Jenis Frem Motosikal yang Perlu Anda Tahu

  • Kapasiti ruang simpanan bawah pelana 18 liter.
  • Menggunakan sistem kawalan kunci pintar.
  • Ada port pengecas USB- Type A dalam kotak storan panel skuter.
  • Panel meter digital penuh latar hitam dengan gugusan punat lampu amaran diatur atas skrin.
  • Lencana emas Click 160 untuk varian ABS.
  • Rim 14 inci dengan tayar 100/80 (depan) dan 120/70 (belakang).
  • Sistem brek untuk Standard adalah jenis kombi (CBS), iaitu brek cakera di depan dan brek dram di belakang.
  • Versi ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dilengkapi brek cakera pada kedua-dua roda, tetapi ciri ABS untuk roda depan sahaja.

BACA >>> Modenas Skuter Karisma 125S (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.3k!
BACA >>> MForce Lancar Skuter WMoto ES250i (2022), Harga Mula RM13.8k!

SUMBER: Thai Honda

Artikel Berkaitan

345
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda Click 160 (2022), Honda Thailand, roda2, skuter, Skuter 160cc, Skuter Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my