Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Edisi Khas ‘Shadow’ Ada di UK, Harga RM78k! Apa Khabar Kia Picanto Malaysia?
Roda4

Edisi Khas ‘Shadow’ Ada di UK, Harga RM78k! Apa Khabar Kia Picanto Malaysia?

Abang HirataBy Abang Hirata31/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KETIKA model segmen-A dan -B di pasaran tempatan dikuasai Perodua, ada pengeluar bukan nasional yang berani mencabar status tersebut.

Naza menjenamakan semula Kia Picanto generasi pertama kepada Naza Suria dan generasi kedua diperkenalkan di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2011. Picanto generasi kedua tidak lagi menggunakan nama Naza Suria dan diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2013.

BACA >>> Kia Picanto GT-Line Kini di Pusat Jualan Seluruh Malaysia, Harga RM57,888

Picanto terus berada di pasaran tempatan apabila model generasi ketiga diperkenalkan pada 2018. Setahun kemudian, Naza Kia memperkenalkan pula Picanto GT Line (foto atas) yang lengkap dengan bumbung suria.

BACA >>> Naza Kia Lancar Seltos di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM115k

Berada dalam segmen yang didonimasi Perodua, Naza Kia melengkapi Picanto dengan pakej menarik seperti 6 beg udara, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Pengurusan Stabiliti Kenderaan (VSM), Kawalan Daki Bukit (HHC) dan empat brek cakera.

Harga atas jalan (termasuk insurans) Picanto generasi kedua bermula RM54,888 untuk transmisi manual, dan RM59,888. Kekal berdaya saing, Picanto generasi ketiga ditawarkan pada harga bermula RM49,888, tanpa insurans.

Selepas beberapa tahun di pasaran dengan Kia semakin berkembang di pasaran antarabangsa menerusi pelancaran model elektrik EV6 dan kenderaan utiliti sukan (SUV), Sportage, apa khabar Picanto?

BACA >>> Kia Picanto Facelift Spesifikasi Eropah Tawar Enjin 1.0L Turbo, NA dengan Transmisi AMT

Bukan setakat EV6 dan Sportage, Kia juga melancarkan SUV Carens baharu.

Semakan di laman web menunjukkan Picanto wajah baharu sudah diperkenalkan di Eropah pada 2020 dengan enjin 1.0L T-GDI dan 1.0L aspirasi natural (NA) serta dilengkapkan sistem bantuan pemandu termaju (A.D.A.S).

Masuk 2022, Picanto akan terus ditawarkan dan Kia UK baru saja memperkenalkan Picanto ‘Shadow’ (2022), iaitu model edisi khas yang dilengkapi ciri seperti:

  • Rim aloi 15 inci, cermin privasi, lampu siang (DRL) LED, lampu projektor dwi-fungsi, lampu belakang LED dan lampu kabus.
  • Ruang kabin dilengkapi sistem audio dengan enam pembesar suara, unit infotainmen 8 inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
  • Ada perehat lengan (armrest) dengan ruang simpanan di bawah.
  • Warna badan Astro Grey (kelabu).
  • Turut dilengkapi kamera undur dengan panduan dinamik.
  • Kerusi menggunakan balutan kulit tiruan (leatherrette) dan sulaman kelabu cerah.
  • Dijana enjin 4-lejang 1.0L DPi berkuasa 66hp yang dipadankan transmisi manual 5-kelajuan.
  • Ciri keselamatan dilengkapi ESC dan VSM, Bantuan Elak Perlanggaran Depan Bandar (Forward Collision-Avoidance Assist, FCA City) dan pemvektoran tork dengan brek (Torque Vectoring by Braking, TVB).

Harga? Picanto Shadow (2022) ditawarkan pada harga £13,845 (RM78,240) di Britain.

BACA >>> Kia K5 dan Sorento Menang Anugerah Good Design
BACA >>> Kia Carnival Baharu dengan Penampilan Ala SUV dan Pilihan Enjin Diesel, Petrol

Kia Picanto Shadow (2022)
Kia Picanto Eropah 2020

Kia Picanto GT-Line Malaysia 2019

hatchback segmen-A Kia Kia Picanto Kia Picanto 'Shadow' (2022) Kia UK Naza Kia Roda4 segmen A
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Urus SE Performante, Lagi Ringan, Super SUV Paling Pantas di dunia!

    01/07/2026
    Roda4

    Suzuki e VITARA Rasmi Di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Bermula RM188,000

    01/07/2026
    Roda4

    BMW X5 2027 Tampil Dengan Rekaan Neue Klasse, Lima Pilihan Trenkuasa dan Kabin Futuristik

    01/07/2026
    Pandu Uji

    #PanduUji: Lenjan GAC GS3 Emzoom di Sepang, SUV Segmen-B yang Boleh Diajak Bincang

    01/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.